KUALA LUMPUR: Ketua Jurulatih pasukan Kelantan FC Rezal Zambery Yahya dan pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT) Safiq Rahim masing-masing dikenakan hukuman tatatertib oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada hari-hari terakhir 2021.
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM Datuk Dr Baljit Singh Sidhu berkata hukuman tersebut diputuskan jawatankuasa itu semalam dalam mesyuarat kali kelima bagi penggal 2021-2025 di Wisma FAM.
Rezal dikenakan hukuman penggantungan selama dua bulan daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak termasuk aktiviti pentadbiran, pengurusan kesukanan bola sepak serta aktiviti berkaitan dan didenda sebanyak RM10,000.
Ia susulan bekas pemain tengah skuad kebangsaan itu membuat kenyataan semasa temu ramah berhubung isu berkaitan FAM tanpa kebenaran yang ia mampu memberikan impak negatif ke atas nama baik dan reputasi badan induk itu pada aksi Piala Malaysia antara Kelantan FC dan Sabah FC, 30 Sept lepas.
Rezal juga didapati mengecam mengenai urusan pentadbiran hal ehwal FAM melibatkan aspek pengadilan atau pengelolaan Liga Malaysia (Liga-M) pada perlawanan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu itu.
"Walau bagaimanapun, jawatankuasa memutuskan untuk mengguna pakai Artikel 35 Kod Tatatertib FAM di mana pegawai ini dikenakan penggantungan selama satu bulan pertama dahulu dan baki satu bulan kedua ditangguhkan tertakluk kepada kelakuan baik pegawai," kata Dr Baljit Singh dalam kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu, penggantungan dikenakan ke atas Rezal adalah satu bulan pertama dari 30 Dis 2021 hingga 29 Jan 2022 dan penggantungan satu bulan kedua dari 30 Jan hingga 28 Feb tahun depan adalah ditangguh tertakluk kepada kelakuan baik.
"Jika pegawai ini melakukan apa-apa perlanggaran yang terkandung di dalam Kod Tatatertib FAM dalam tempoh 12 bulan selepas penggantungan pertama, maka hukuman penggantungan satu bulan kedua akan dikuatkuasakan serta-merta terhadap pegawai ini. Keputusan denda boleh dirayu," kata Dr Baljit Singh.
Sementara itu, Safiq pula didapati melanggar Artikel 50.1 (d) Kod Tatatertib FAM atas tindakannya berkelakuan ganas menanduk muka pemain pasukan lawan pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia antara JDT dan Terengganu FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 26 Nov lepas.
Justeru, bekas kapten skuad kebangsaan itu dikenakan hukuman penggantungan tiga perlawanan dengan aksi final Piala Malaysia 2021 antara Kuala Lumpur City FC dan JDT pada 30 Nov adalah yang pertama.
"Baki penggantungan dua lagi perlawanan yang dikenakan ke atas pemain ini adalah berkuat kuasa serta-merta pada perlawanan rasmi pemain ini yang pertama dan kedua di perlawanan Liga-M (Liga Super/ Liga Premier/ Piala Sumbangsih/ Piala FA/ Piala Malaysia/ Challenge Cup) yang berikutnya.
"...sama ada musim yang sama atau musim hadapan (tidak termasuk perlawanan persahabatan dan pertandingan bukan kelolaan FAM, MFL (Liga Bola Sepak Malaysia) dan AFL (Liga Bola Sepak Amatur) tanpa mengira mana-mana pasukan pemain ini didaftarkan," kata Dr Baljit Singh.
Beliau berkata Safiq juga diberi amaran keras dan berdepan hukuman yang lebih berat jika mengulangi kesalahan sama, namun hukuman dikenakan terhadapnya itu boleh dirayu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 31 2021

Ketua Jurulatih pasukan Kelantan FC Rezal Zambery Yahya (kiri) dan pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT) Safiq Rahim masing-masing dikenakan hukuman tatatertib oleh FAM. - Foto: Bernama & Facebook/Rezal Zambery Yahya

Malaysia mohon 5,000 tambahan kuota haji - Idris
Malaysia memohon sebanyak 5,000 tambahan kuota jemaah haji daripada Kerajaan Arab Saudi bagi musim haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

Kemuncak Lebaran | Dentuman meriam gergasi karbit halau pontianak
Di Kampung Melayu, Kota Pontianak, sambutan lebaran di sana mencapai kemuncak pada hari ketujuh dengan acara tembakan meriam gergasi karbit dan acara hiburan Halal Bihalal.

Komoditi | Produk lada Sarawak tembusi pasaran Kanada
Peluang memasarkan produk komoditi dari Sarawak ke pasaran antarabangsa tidak disia-siakan pengasas produk Lada Hitam Nang Ori. Menerusi pameran Halal Expo 2022 di Toronto, Kanada baru-baru ini. Awaeng Kwasin bijak menggunakan platform berkenaan bagi mempromosikan produk ladanya sebagai langkah pertama menembusi pasaran di sana.

Hari Guru 2022 | ISKUL pastikan anak tanpa negara terima pendidikan
Kanak-kanak tanpa warganegara atau 'stateless' memerlukan akses pendidikan yang sewajarnya. Tidak mahu golongan ini terus tercicir, Yayasan Hasanah sebuah Yayasan Khazanah Nasional menganjurkan Program Pendidikan Alternatif Iskul Sama Dilaut (ISKUL) di Pulau Omadal, Semporna.

Sukan SEA: Rachel tuai emas kedua peribadi di Hanoi
Gimnas artistik wanita negara Rachel Yeoh Li Wen, terus menampilkan aksi terpuji apabila meraih emas kedua peribadi pada Sukan SEA ke-31 di Pusat Gimnasium Quan Ngua hari ini.

Elaun Sara Hidup | LKIM salur RM2.3 juta untuk bantu nelayan Beluran
RM2.3 juta dana bagi Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) disalurkan bagi membantu nelayan di Beluran. Jelas Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Yusuf Othman, elaun RM300 akan disalurkan secara bulanan kepada 716 nelayan di daerah berkenaan.

Lemas | Dua beradik hilang ketika mandi sungai
Aktiviti riadah 14 sekeluarga bertukar tragedi apabila dua beradik dikhuatiri lemas ketika sedang beriadah di Sungai Rayu, Matang, pada Isnin. Insiden berlaku sekitar jam 3 petang, ketika orang ramai sedang beriadah sempena cuti Wesak.

PRU15: Hasrat Wan Ahmad Fayhsal bertanding Parlimen Bagan Serai bersifat peribadi
Pengumuman hasrat untuk bertanding di mana-mana tempat merupakan perkara biasa setiap kali menjelang PRU.

Suami maut, isteri cedera parah kemalangan
Hasrat sepasang suami isteri untuk menunaikan ibadah umrah pada November ini, tidak kesampaian selepas terlibat dalam nahas motosikal.

Cadangan jalan pintas kurangkan risiko kemalangan maut di Terowong Menora
Berdasarkan cadangan, jalan pintas sepanjang 64 kilometer itu bermula dari susur keluar Gopeng melalui Siputeh dan berakhir di Kuala Kangsar.

Skuad Harimauwati Malaya jalani latihan di Bangladesh
Ia sebagai persediaan mengharungi Kejohanan Bolasepak Wanita Persekutuan Bola sepak Asean (AFF) 2022 di Filipina, Julai ini.

FAM perkenal tiket kombo RM100 saksikan pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2023
Peminat sukan bola sepak tanah air boleh menikmati harga tiket istimewa RM100 bagi menyaksikan kesemua enam perlawanan pusingan akhir Kumpulan E kelayakan Piala Asia 2023.

Skuad B-17 negara bakal 'berguru' di Turin
Antara perbincangan awal antara FAM dan wakil Juventus selepas kedua-dua pihak itu meninjau potensi jalinan kerjasama dua hala.

Sembilan lagi pemain sertai skuad Maloney
Kem latihan pusat itu juga medan persediaan sebelum bertanding pada Piala Asia B-23 di Uzbekistan bermula 1 hingga 19 Jun.

Liga Premier: Kelantan United tundukkan Skuad Projek FAM-MSN 2-1
Kelantan United menafikan hasrat Skuad Projek FAM-MSN meraih kemenangan sulung mereka dalam saingan Liga Premier.

AFC bakal tubuh pasukan petugas pertandingan kelab elit
Perkembangan terbaharu itu dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif AFC ke-9 bagi penggal 2019-2023 di Doha, Qatar.

JDT II lonjak ke tangga kedua Liga Premier
Johor Darul Ta'zim (JDT) II berjaya melonjak ke tempat kedua Liga Premier selepas menewaskan Skuad Projek FAM-MSN 2-1 di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, malam ini.

FAM kekal kaedah 'gelembung bola sepak' untuk pertandingan Asia
Prosedur operasi standard (SOP) bagi penganjuran beberapa kejohanan bola sepak antarabangsa di Malaysia, kekal menggunakan langkah berjaga-jaga walaupun banyak kelonggaran diberikan apabila negara mem

FAM mula penambahbaikan pengurusan pasukan kebangsaan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah mula mengambil langkah penambaikan seperti dicadangkan Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya pada 21 Jan lepas.

FAM umum senarai akhir 25 pemain ke Singapura
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan senarai akhir 25 pemain skuad Harimau Malaya yang akan mengharungi cabaran Siri Tiga-Negara FAS di Singapura, bermula Rabu ini.