TAPAH: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu mencari jalan terbaik bagi meningkatkan prestasi skuad negara susulan kekalahan mengejutkan di tangan Laos pada kempen Kejuaraan Bawah 23 Tahun (B-23) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata kekalahan 1-2 kepada pasukan dianggap 'belasahan' itu sesuatu yang harus dipandang serius dan satu post-mortem perlu dilakukan pihak berkaitan bagi meningkatkan kembali prestasi dan mutu permainan skuad muda negara.
"Bola sepak adalah sukan amat popular di negara kita dan sebilangan besar rakyat meminati sukan ini tetapi apabila di kejohanan antarabangsa, kita nampak agak lemah. Saya harap FAM bersama komuniti bola sepak seluruh negara bekerjasama rapat mencari jalan bagaimana hendak meningkatkan prestasi pasukan kita.
"Dari segi permulaan bagaimana hendak bangunkan bakat baharu sehingga kita berjaya menubuhkan pasukan berkualiti dan sebagainya untuk memastikan kita tidak tewas kepada pasukan yang sebelum ini dianggap pasukan belasahan," katanya.
Beliau ditemui pemberita sempena perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Peja Trophy 2022 Peringkat Dewan Undangan Negeri Chenderiang di Kompleks Sukan Batang Padang di sini hari ini.
Skuad B-23 kebangsaan bimbingan Ketua Jurulatih Brad Maloney membuka tirai kempen Kejuaraan B-23 AFF 2022 di Phnom Penh, Kemboja dengan keputusan mengecewakan selepas tewas 1-2 kepada Laos di Stadium Prince, Jumaat lepas.
Malaysia yang mempertaruhkan pasukan 'kedua' pada kejohanan itu sekali lagi akan bertemu Laos pada aksi terakhir kumpulan di venue sama esok, dalam misi meraih kemenangan dengan kelebihan dua gol bagi mencerahkan peluang mara ke peringkat separuh akhir selaku juara Kumpulan B.
Kekalahan 1-2 itu adalah kekalahan pertama Malaysia dalam enam pertemuan terakhir menentang Laos di kejohanan peringkat B-23 sejak 2014.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 20 2022
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menendang bola ketika hadir di majlis penutup Kejohanan Futsal Peja Trophy di Kompleks Sukan Batang Padang hari ini. - Foto BERNAMA
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
Perubahan kepimpinan FAM perlu pastikan kesinambungan, keberkesanan
Meskipun perubahan adalah biasa dalam dunia sukan, ia perlu dilakukan secara terancang supaya tidak menjejaskan perancangan sedia ada.
Hamidin buat keputusan tepat tidak pertahan jawatan Presiden FAM - Kamarul Ariffin
Keputusan Tan Sri Hamidin Mohd Amin untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan adalah tepat.
Hamidin beri laluan kepada pemimpin baharu lonjak FAM ke tahap lebih tinggi
Presiden FAM Tan Sri Hamidin Mohd Amin mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan bagi memberi peluang kepada individu lain.
FAM gantung Persatuan Bola Sepak Perlis
(FAM menggantung Persatuan Bola Sepak Perlis daripada menjadi ahli gabungan susulan gagal membayar gaji tertunggak serta pampasan kepada bekas pengarah bola sepak Matt Holland.
Tiket Piala ASEAN dijual bermula hari ini - FAM
Penyokong skuad Harimau Malaya boleh mendapatkan tiket bagi saingan peringkat Kumpulan A Piala ASEAN 2024 bermula hari ini.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
FAM kunci mulut spekulasi Cahill sertai revolusi Harimau Malaya
FAM mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung spekulasi legenda bola sepak Australia Tim Cahill akan menjadi sebahagian daripada unit khas FAM.
Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia di sebuah hospital swasta, pada Jumaat.
Peluang terbaik Harimau Malaya kembali raih kemenangan - Stuart
Dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 bulan ini peluang terbaik untuk skuad Harimau Malaya buktikan keupayaan meraih kemenangan.
FAM pandang serius insiden pergaduhan Arif Aiman, Tommy Mawat
FAM memandang serius insiden pergaduhan membabitkan pemain JDT Arif Aiman dan pemain Perak FC Tommy Mawat Bada pada perlawanan Liga Super.