awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Felda United-Johor Darul Takzim pamer aksi hambar

Astro Awani
Astro Awani
23/02/2013
09:21 MYT
Felda United-Johor Darul Takzim pamer aksi hambar
Felda United dan Johor Darul Takzim (Johor DT) terikat tanpa jaringan dalam aksi hambar di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Jumaat petang.
Cuaca panas di Stadium MBPJ Jumaat petang nyata memberi kesukaran kepada pemain-pemain dari kedua-dua pasukan untuk fokus pada jaringan.
Tiada percubaan bahaya terhasil dari pasukan Felda mahupun Johor DT buntu menghasilkan jaringan sehingga berakhir babak pertama.
Masuk babak kedua, skrip yang sama berulang sebaliknya aksi di luar padang lebih mencuri tumpuan ini kerana berlaku insiden kecil membabitkan penyokong Johor DT dan polis, namun keadaan kembali terkawal.
Perlawanan turut menyaksikan enam kad kuning dilayangkan pengadil perlawanan termasuk satu kad merah kepada pemain import Felda, Mohamad Ghaddar.
Ghaddar yang masuk sebagai pemain gantian dikatakan melakukan kesalahan menghadang sepakan penjaga gol Johor DT, Mohd Zulfadhli.
Johor DT yang kempunan meraih tiga mata turut pulang dengan berita buruk apabila penyerangnya Safee Sali ditimpa kecederaan.
Pengendali Johor DT, Fandi Ahmad berang dengan aksi jentera serangan pasukannya ketika seri tanpa jaringan menentang Felda United, pada Jumaat.
“Ini adalah aksi terburuk Skuad Harimau Selatan selepas mengharungi lapan perlawanan” kata Fandi kepada pemberita.
Tambah Fandi lagi, penekanan akan diberikan kepada bahagian serangan menjelang aksi seterusnya berdepan Kedah untuk aksi Piala FA, Selasa ini.
Sementara itu, jurulatih Felda United, K. Devan menyifatkan nasib tidak menyebelahi pasukannya pada pertemuan tersebut.
“Kita mempunyai banyak peluang tetapi kita gagal untuk menjaringkan gol, walaubagaimanapun mereka telah menunjukkan prestasi yang baik” Kata bekas jurulatih Selangor itu.
Perlawanan berikutnya buat Felda adalah menentang wakil Singapura Lions Twelve, 2 Mac depan.
Topic Berkaitan
#Felda United
#Johor Darul Takzim (Johor DT)
#MBPJ
#Mohamad Ghaddar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan