awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ferdinand gesa Bale untuk kembali ke Liga Perdana

Astro Arena
Astro Arena
29/05/2018
01:09 MYT
Ferdinand gesa Bale untuk kembali ke Liga Perdana
Bale menjaringkan dua gol ketika menentang Liverpool untuk membantu Madrid menjuarai Liga Juara-Juara Eropah buat kali ketiga berturut-turut. - Gambar fail
BEKAS pemain Manchester United, Rio Ferdinand, mencadangkan Gareth Bale meninggalkan Real Madrid pada luar musim, dengan mendakwa Old Trafford adalah destinasi sesuai baginya.
Bale menjaringkan dua gol ketika menentang Liverpool untuk membantu Madrid menjuarai Liga Juara-Juara Eropah buat kali ketiga berturut-turut - dengan penyerang Wales itu pada awalnya berada di bangku simpanan seperti yang sering dialaminya di bawah jurulatih, Zinedine Zidane.
Bekas bintang Tottenham itu dalam satu temubual selepas perlawanan berkata dia tidak gembira kerana kerap tidak berada dalam kesebelasan utama, membayangkan perpindahan keluar dari Santiago Bernabeu mungkin berlaku.
Dan Ferdinand percaya bahawa Bale mungkin telah mencapai semua yang dapat dilakukannya di Sepanyol, dengan menyatakan kepulangannya ke Liga Perdana Inggeris akan menjadi langkah ideal bagi pemain berusia 28 tahun itu.
"Empat juara Liga Juara-Juara, tiga gol Liga Juara-Juara - apa lagi yang perlu dilakukan di Real Madrid oleh Gareth Bale?" tulis Ferdinand dalam Instagramnya.
"Dia melakukan magis dalam aksi besar dan memainkan peranan penting dalam skuad untuk memecah rekod kejohanan di bawah Zidane.
"Sekarang saya rasa ia terpulang kepadanya untuk memutuskan apa yang dia mahu, ada yang mengatakan dia tidak mempunyai apa-apa untuk buktikan tetapi dia mahu pergi ke suatu tempat untuk memegang peranan penting.
"Atau adakah dia mahu kekal dan meneruskan peranannya sekarang, sebagai pemain simpanan? Secara peribadi saya lebih suka dia kembali ke Liga Perdana (lebih baik ke Manchester United).
"Tulis bab baru sebagai ketua kelab inilah apa yang dilakukan oleh pemain hebat dalam semua sukan, bukan hanya bola sepak."
Bale menamatkan musim 2017-18 dengan 21 gol dan lapan bantuan jaringan daripada 39 penampilan untuk Madrid dalam semua pertandingan.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Gareth Bale
#Liga Juara-Juara Eropah
#Liga Perdana Inggeris
#Liverpool
#Manchester United
#Real Madrid
#Rio Ferdinand
#Zinedine Zidane
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan