awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bomba pantau lebih 8,000 kawasan banjir sepanjang MTL
Politik Perlis: 4 ADUN Bersatu angkat sumpah Exco, MB pegang enam portfolio
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga Sabtu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fernandes menyamai bilangan jaringan penalti Ronaldo

Astro Arena
Astro Arena
09/12/2020
05:02 MYT
Fernandes menyamai bilangan jaringan penalti Ronaldo
Bruno Fernandes menjaringkan gol pertama pasukannya ketika perlawanan UCL Kumpulan H antara RB Leipzig dan Manchester United di Arena Red Bull, Leipzig, Jerman, 8 Dis, 2020. REUTERS
BRUNO Fernandes meledak penalti yang ke-13 buat Manchester United, namun ia tidak cukup untuk mencetus inspirasi buat The Red Devils bangkit dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL).
United tewas 3-2 kepada RB Leipzig awal pagi tadi, ketika mereka perlu mengelak daripada kekalahan dan memerlukan satu mata untuk melangkah ke separuh akhir Kumpulan H.
Perlawanan Paris Saint-Germain (PSG) dengan Istanbul Basaksehir ditangguh kerana tuduhan perkauman daripada pegawai UEFA, tetapi finalis musim lalu bakal menyertai Leipzig dalam pusingan 16.
Angelino, Amadou Haidara dan Justin Kluivert membenarkan Leipzig mendahului 3-0, namun kesalahan Ibrahima Konate terhadap Mason Greenwood memberikan United -- yang dibolosi tiga gol dalam perlawanan Liga Juara-Juara buat pertama kali sejak April 2003 -- talian hayat.
Fernandes berjaya mengatasi Peter Gulacsi dengan penalti yang ke-13 dalam semua pertandingan sejak membuat penampilan bersama kelab pada February, dengan hanya bekas penyerang United, dan rakan senegara yang juga bintang Portugal, Cristiano Ronaldo -- meledak dua kali penalti ketika Juventus menang 3-0 ke atas Barcelona, menyamai rekod tersebut.
Pemain berusia 26 tahun, Fernandes, telah menjaringkan tujuh gol Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, tiga daripadanya terhasil menerusi penalti -- gagal menyempurnakan satu bagi musim 2020-21.
Fernandes turut menyempurnakan penalti ketika menang 2-1 ke atas PSG Oktober lalu. Ronaldo pula menyempurnakan dua penalti dalam saingan Serie A dan dua lagi ketika bertemu Barca dan Lionel Messi.
13 - Since his Man Utd debut in February, no player in Europe's top five leagues has scored more penalties in all competitions than Bruno Fernandes (13 - level with C. Ronaldo). Pause. pic.twitter.com/jQy2EBdhfT
— OptaJoe (@OptaJoe) December 8, 2020
Topic Berkaitan
#Bruno Fernandes
#Manchester United
#UCL
#Liga Juara-Juara
#RB Leipzig
#PSG
#Istanbul Basaksehir
#tangguh
#perkauman
#UEFA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan