awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FIFA akur kritikan hebat, turunkan harga tiket Piala Dunia

Astro Awani
Astro Awani
17/12/2025
01:00 MYT
FIFA akur kritikan hebat, turunkan harga tiket Piala Dunia
FIFA mengumumkan pengurangan harga tiket Piala Dunia bagi peminat setia pasukan selepas menerima kritikan hebat berhubung harga yang terlalu tinggi. - Foto fail
GENEVA: Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan pada Selasa pengurangan harga tiket Piala Dunia bagi peminat setia pasukan selepas menerima kritikan hebat berhubung harga yang terlalu tinggi.
Langkah itu menyaksikan sebahagian peminat berpeluang mendapatkan tiket perlawanan akhir pada harga serendah AS$60 (RM245) berbanding harga asal sehingga AS$4,185 (RM19,669.50).
Dalam kenyataan pada Selasa, FIFA memaklumkan tiket berharga AS$60 (RM245) akan disediakan untuk setiap perlawanan di kejohanan yang berlangsung di Amerika Utara, melalui peruntukan kepada persekutuan bola sepak negara yang bertanding.
Dalam pada itu, FIFA akan menentukan pengagihan kepada peminat setia yang pernah menghadiri perlawanan sebelum ini.
Kategori baharu yang dinamakan “Supporter Entry Tier” (Kategori Tiket Penyokong Setia) itu dijangka menawarkan antara 400 hingga 750 tiket bagi setiap pasukan yang mana Piala Dunia edisi kali ini akan berlangsung di 16 bandar tuan rumah, termasuk 11 stadium NFL di Amerika Syarikat, dua di Kanada dan tiga di Mexico.
FIFA tidak menjelaskan punca perubahan drastik itu, namun menyatakan langkah berkenaan bertujuan menyokong peminat yang mengikuti pasukan mereka sepanjang kejohanan.
Bagaimanapun, kumpulan Football Supporters Europe (FSE) menyifatkan pengurangan harga tersebut sebagai “taktik meredakan kemarahan” susulan reaksi negatif global terhadap dasar penetapan harga tiket.
Piala Dunia di Amerika Utara merupakan edisi pertama melibatkan 48 pasukan, berbanding 32 sebelum ini, dan dijangka menjana sekurang-kurangnya AS$10 billion (RM47 billion) untuk FIFA, sekali gus menjadi kejohanan paling mahal buat peminat.
Meskipun menerima kritikan, FIFA memaklumkan lebih 20 juta permohonan tiket telah diterima dalam fasa jualan terkini.
Topic Berkaitan
#FIFA
#Piala Dunia
#bola sepak
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan