awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FIFA umum kalendar baharu pertandingan antarabangsa

Bernama
Bernama
15/03/2023
06:55 MYT
FIFA umum kalendar baharu pertandingan antarabangsa
Kapten Argentina, Lionel Messi menjulang trofi Piala Dunia edisi Qatar 2022. - Gambar fail
GENEVA: Majlis FIFA pada Selasa meluluskan kalendar perlawanan antarabangsa baharu termasuk tarikh perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026.
Menurut kalendar perlawanan antarabangsa lelaki 2025-2030, empat perlawanan akan berlangsung selama 16 hari pada akhir September/awal Oktober 2026 serta dua perlawanan setiap satu selama sembilan hari pada Mac, Jun dan November.
Perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026 akan berlangsung pada 19 Julai 2026, lapor agensi berita Xinhua.
Majlis FIFA yang bermesyuarat sebelum Kongres FIFA ke-73 di Kigali, Rwanda, menerima pakai beberapa keputusan penting, khususnya berkaitan masa depan pertandingan lelaki dan wanita.
Majlis itu sebulat suara meluluskan perubahan format untuk Piala Dunia FIFA 2026 iaitu daripada 16 kumpulan dengan tiga pasukan setiap satu kepada 12 kumpulan empat pasukan, dengan dua pasukan teratas dan lapan pasukan terbaik tempat ketiga mara ke pusingan 32.
Kalendar perlawanan antarabangsa wanita 2024-2025 pula membabitkan enam perlawanan antarabangsa setiap tahun. Kejohanan bola sepak wanita Sukan Olimpik Paris 2024 akan berlangsung dari 25 Julai hingga 10 Ogos.
Majlis FIFA juga meluluskan penubuhan pasukan petugas khusus mengenai kebajikan pemain dan keputusan lain.
-- BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Piala Dunia FIFA 2026
#Majlis FIFA
#Sukan Olimpik Paris 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan