awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Final Liga Juara-Juara: PSG, Inter rebut takhta Eropah di Munich

Muhamad Syazwan
Muhamad Syazwan
31/05/2025
03:10 MYT
Final Liga Juara-Juara: PSG, Inter rebut takhta Eropah di Munich
Perlawanan akhir UCL menjanjikan pertarungan menarik antara PSG yang dibarisi bintang muda penuh tenaga dengan Inter yang lebih berpengalaman. - Foto UEFA Champions League
PENTAS akhir Liga Juara-Juara UEFA (UCL) musim 2024/25 mempertemukan dua kuasa besar bola sepak Eropah, Paris Saint-Germain (PSG) dan Inter Milan, dalam pertembungan yang dijangka sengit dan bersejarah di Allianz Arena malam ini.
PSG, di bawah bimbingan Luis Enrique, tampil garang musim ini dengan menyingkirkan kesemua empat pasukan dari Liga Perdana Inggeris dalam perjalanan ke final. Mereka menewaskan Arsenal 1–0 di London sebelum melengkapkan kemenangan dengan keputusan 2–1 di Paris dalam aksi separuh akhir.
Sementara itu, Inter Milan mara ke pentas akhir selepas menewaskan Barcelona dalam pertembungan penuh dramatik. Seri 3–3 di Camp Nou diikuti kemenangan mendebarkan 4–3 di San Siro memastikan agregat 7–6 memihak kepada Nerazzurri. Meskipun gagal mempertahankan kejuaraan Serie A yang dirampas Napoli dan tersingkir di separuh akhir Coppa Italia kepada AC Milan, skuad bimbingan Simone Inzaghi itu tetap mempamerkan taring mereka di pentas Eropah.
Perlawanan akhir ini menjanjikan pertarungan menarik antara PSG yang dibarisi bintang muda penuh tenaga dengan Inter yang lebih berpengalaman. PSG memburu gelaran Eropah sulung mereka, manakala Inter melihat peluang ini sebagai saat terakhir untuk generasi emas mereka menamatkan karier dengan kejuaraan tertinggi.
Kedua-dua jurulatih dilihat yakin dengan kemampuan pasukan masing-masing, dan para peminat bola sepak dunia pastinya menanti perlawanan yang menjanjikan aksi mendebarkan hingga ke wisel penamat.
Untuk peminat di Malaysia, anda boleh tonton secara langsung jam 3:00 pagi Ahad. Siaran langsung akan ditayangkan di saluran 820 beIN SPORTS 1.
Topic Berkaitan
#PSG
#Liga Juara-Juara UEFA
#UCL
#inter milan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami