KIEV bakal menjadi tuan rumah final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) Sabtu ini, antara Liverpool dengan juara bertahan dua tahun berturut-turut Real Madrid.
Penyokong Liverpool dan Madrid di seluruh Malaysia sudahpun bersedia untuk berkumpul dengan menganjurkan pelbagai acara untuk menyaksikan perlawanan akhir itu bersama-sama.
Sudah pasti perlawanan itu menjanjikan aksi yang hebat antara kedua-dua pasukan yang menghadapi masalah tersendiri dalam liga domestik, namun menyerlah di peringkat Eropah.
Liverpool menamatkan liga musim 2017/2018 di tangga keempat dengan 75 mata, hampa dengan banyak keputusan seri yang memaksa skuad the Reds berjuang sehingga minggu terakhir liga, untuk memastikan mereka layak ke UCL sebagai empat pasukan terbaik di England.
Real Madrid merupakan pasukan yang paling berjaya dalam UCL dengan 12 kejuaraan sejak ia diperkenalkan UEFA sebagai Piala Eropah yang melibatkan kelab-kelab dari benua itu pada 1956.
Liverpool pula kelab paling menyerlah di peringkat Eropah dari England, dengan lima gelaran.
Kali terakhir the Reds muncul juara UCL ialah pada 2005, yang menyaksikan mereka bangkit kembali daripada ketinggalan 0-3 pada babak pertama menentang AC Milan, sebelum menang menerusi penentuan sepakan penalti.
Madrid menamatkan La Liga musim ini dengan keputusan seri dua sama menentang Villarreal, yang merupakan keputusan seri yang keempat dalam sepuluh perlawanan terakhir bagi pasukan bimbingan Zinedine Zidane itu.
The Los Bloncos turut kalah menentang Sevilla dalam sepuluh perlawanan tersebut, yang menyaksikan mereka menamatkan liga di tangga ketiga dengan 76 mata, 17 mata di belakang juara, Barcelona.
Namun ia bukan satu masalah bagi presiden kelab penyokong Real Madrid Malaysia, Faizal Mat Zin, kerana skuad Los Bloncos amat cemerlang sekali di peringkat Eropah dengan mengalahkan gergasi Eropah seperti Paris Saint-Germain, Juventus dan Bayern Munich menuju ke final.
Masalah utama Madrid adalah sama seperti Liverpool, bahagian pertahanan tidak konsisten kerana sibuk membantu bahagian serangan.
“Kelemahan Real Madrid dilihat di pada sistem ‘wing back’ ataupun sayap pertahanan. Kedua-dua bek sisi sering membantu bahagian serangan sehingga kadang-kadang lambat kembali untuk membantu pertahanan jika diserang balas.” kata Faizal.
Liverpool di bawah pengurus Jurgen Klopp pula harus mengharungi detik-detik cemas sebelum layak ke final UCL, terutama sekali pada perlawanan separuh akhir menentang AS Roma.
The Reds mendahului 5-2 dalam perlawanan pertama di Anfield sebelum tumpas 4-2 dalam perlawanan timbal balik di Roma untuk mara dengan agregat 7-6.
Presiden bagi kelab penyokong Liverpool, KL Kopites, Sashi Nair menjangkakan persaingan sengit pada final nanti, dengan pasukan yang pertama menjaringkan gol akan muncul pemenang.
“30 minit pertama perlawanan adalah penting, bergantung kepada pasukan mana yang terlebih dahulu selesa memegang bola dan seterusnya mendominasi perlawanan. Pasukan yang pertama menjaringkan gol akan menang dan pada pandangan saya, Liverpool mampu menjadi yang pertama,” jelas Sashi.
“Liverpool membariskan skuad muda yang lebih mendahagakan kemenangan ini berbanding Real yang lebih tua dan sudah memenangi dua UCL berturut-turut, jadi motivasi mereka tidak setinggi Liverpool,”
“Bagaimanapun Real Madrid bukan lawan yang mudah dengan barisan pemain bintang yang berpengalaman, dan mereka mampu mengejutkan Liverpool dari gerakan ‘set piece’ selain mempunyai ramai pemain yang mampu mencipta kemenangan.”
Liverpool pula terlalu bergantung kepada penyerang sensasi Mesir, Mohamed Salah yang menamatkan musim ini sebagai penjaring terbanyak liga Inggeris, selain gelaran pemain terbaik di England dari pelbagai organisasi termasuk Premier League.
Sashi menjangkakan Salah akan terus menyerlah pada perlawanan akhir itu nanti.
“Ya, saya jangka dia (Salah) akan terus menyerlah, Salah mampu menyerlah di pentas yang besar, seperti yang dilakukan menentang Manchester City dan Roma, saya jangka dia akan menjaringkan gol di final nanti.” kata Sashi.
Sebuah lagi kelab penyokong Liverpool, All Reds Malaysia turut bersedia untuk menganjurkan acara menonton perlawanan itu di Bangi bersama-sama penyokonng Real Madrid di Malaysia.
Presiden All Reds, Muzili Aznor Musa berharap Liverpool tidak sia-siakan peluang yang ada semasa menentang Madrid nanti untuk membawa pulang trofi UCL ke Liverpool.
Peluang yang tidak dimanfaat menyebabkan keputusan tidak memihak kepada Liverpool dalam liga domestik musim ini.
“Saya percaya Liverpool mampu memperbaiki kedudukan musim ini kepada kedudukan yang lebih baik pada musim depan,” kata Muzili.
“Melalui saingan liga ini juga, para pemain dapat nenilai semula persembahan mereka dan percaya jika setiap peluang diambil, Liverpool pasti berada di tempat yang lebih baik musim ini, banyak perlawanan yang dikuasai oleh Liverpool namun keputusan perlawanan tidak memihak kepada mereka.”
Trio Liverpool, Sadio Mane, Roberto Firmino dan Salah merupakan tonggak utama dalam serangan Liverpool.
55 daripada 84 gol yang dijaringkan Liverpool dalam liga Inggeris adalah hasil ketiga-tiga pemain itu.
Sudah pasti, trio Liverpool tersebut digeruni penyokong Madrid, namun mereka mempunyai Cristiano Ronaldo yang mendapat jolokan nama ‘Mr. Champions League’ kerana banyak kali muncul penjaring terbanyak kejohanan.
Ronaldo, yang setakat ini mendahului senarai penjaring terbanyak musim ini dengan 15 gol, boleh menyamai rekod 18 gol yang dicipta Radamel Falcao, untuk gol paling banyak dalam satu musim UCL.
Bagaimanapun Faizal tidak begitu yakin ia dapat dilakukan.
“Saya rasa tidak mungkin beliau akan menjaringkan hat-trick kerana Liverpool juga mempunyai antara barisan pertahanan terbaik dunia seperti Dejan Lovren dan Virgil Van Dijk.” kata Faizal.
Bagaimanapun Faizal senada dengan Sashi bahawa kemenangan tidak akan dicapai dengan mudah buat kedua-dua pasukan.
"Real Madrid dijangka menang tetapi bukan semudah yang dijangkakan seperti laporan akhbar di Sepanyol hanya kerana berdasarkan prestasi semasa Real Madrid yang sudah berjaya menyingkirkan kesemua juara liga dari Itali, Jerman dan Perancis di peringkat kalah mati,"
Real Madrid akan menentang Liverpool di Stadium NSC Olimpiyskiy Kiev, Ukraine pada Sabtu (Ahad, 27 Mei 2:45 pagi waktu Malaysia) dan peminat boleh menyaksikan perlawanan itu secara langsung di Astro Supersport 3 saluran 816/834 HD bermula jam 2:30 pagi, waktu Malaysia.
Ian Johan Ariff
Thu May 24 2018
Salah (kiri) & Ronaldo menjadi tumpuan perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) Sabtu ini. - Gambar fail.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Abraham bantu AC Milan jinakkan Slovan Bratislava
Tuan rumah terlebih dulu ketinggalan hasil sentuhan bintang Amerika Syarikat, Christian Pulisic minit ke-21.
UCL: Semusim menyepi, Liverpool kembali dengan aksi garang di San Siro
Mengubah suasana perlawanan, Ibrahima Konate menyamakan kedudukan pada minit ke-23 untuk menyempurnakan sepakan sudut Trent Alexander-Arnold.
Serie A: Emerson Royal sertai AC Milan daripada Tottenham
Jumlah kesepakatan itu tidak didedahkan tetapi media-media British melaporkan ia bernilai sekitar 15 juta euro (RM73 juta) dan bayaran tambahan sebanyak 3 juta euro (RM14.6 juta).
Inter Milan ungguli Serie A buat kali ke-20
INTER Milan berada dalam kelas tersendiri apabila merangkul kejuaraan Serie A kedua dalam tempoh empat tahun selepas kali terakhir memenanginya pada 2021.
Liga Juara-Juara: PSG benam Milan
PSG bangkit daripada kekalahan 1-4 di tempat lawan dan tampil dengan kualiti serangan menakjubkan ke atas pasukan dari Itali itu.
Pulisic lengkapkan perpindahan ke AC Milan
Pulisic yang berusia 24 tahun, menandatangani perjanjian empat tahun dengan kelab Serie A itu, dengan pilihan setahun lagi.
AC Milan tagih kudrat Leao di San Siro
Pioli berkata, ia memberikan dorongan besar kepada harapan pasukannya untuk membalikkan defisit dua gol.
Inter lepasi ujian pertama Milan di San Siro
Permulaan baik itu membolehkan Inter kekal di landasan untuk menjadi kelab Itali pertama memenangi trofi tersebut sejak 2010.
Serie A: Ibrahimovic peledak gol paling tua
Kekalahan itu meletakkan skuad kendalian Stefano Pioli kekal di tangga keempat, dua mata di belakang Inter Milan.
Kelayakan Euro 2024: Ibrahimovic kembali perkuat Sweden pada usia 41 tahun
Kelayakan Euro 2024: Ibrahimovic kembali perkuat Sweden pada usia 41 tahun