KUALA LUMPUR: Pemain tengah Mohammad Fitri Saari yang kembali menyertai latihan skuad hoki lelaki kebangsaan tidak mahu mensia-siakan peluang kedua itu.
Pemain berusia 30 tahun itu yang teruja dapat kembali berlatih bersama skuad Speedy Tigers mahu memastikan prestasinya pada tahap terbaik untuk terus berada dalam pasukan.
Mohammad Fitri berkata hasratnya adalah untuk beraksi bersama skuad kendalian A. Arul Selvaraj di Sukan Olimpik Paris 2024 dengan muncul juara di Sukan Asia Hangzhou bermula 23 Sept hingga 8 Okt ini.
"Saya tak nak sia-siakan peluang kedua ini. Saya teruja untuk berlatih semula sebab saya tak nak terlepas kejohanan bersama pasukan kebangsaan kerana impian saya nak ke Olimpik.
"Sasaran saya adalah pingat emas Sukan Asia kerana kalau melalui pusingan kelayakan, agak susah untuk ke Olimpik," katanya ketika ditemui pemberita pada sesi latihan pertama skuad kebangsaan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Mohammad Fitri, yang diketepikan daripada skuad kebangsaan sejak awal 2020, kembali menyertai latihan skuad Speedy Tigers semalam, yang diadakan pada waktu malam ketika Ramadan.
Ia merupakan sesi latihan pertama pasukan kebangsaan selepas saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) 2023 yang berlangsung dari 9 Feb hingga 18 Mac.
Mohammad Fitri yang juga kapten pasukan Terengganu Hockey Team (THT), kembali disenaraikan dalam senarai pelatih skuad kebangsaan berikutan prestasi cemerlangnya membantu pasukan Pantai Timur itu meraih gelaran treble LHM.
Beliau yang membuat debut bersama skuad senior kebangsaan ketika Trofi Juara-Juara Asia di China pada September 2011, mempunyai 160 penampilan untuk Malaysia di peringkat senior.
Namun, beliau yang kali terakhir beraksi untuk pasukan kebangsaan ketika pusingan Kelayakan Olimpik Tokyo 2020 pada November 2019, tidak dipanggil dalam skuad negara selepas gagal membantu Malaysia layak ke temasya berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 28 2023
Mohammad Fitri, yang diketepikan daripada skuad kebangsaan sejak awal 2020, kembali menyertai latihan skuad Speedy Tigers semalam. - Foto Astro ARENA
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Pandelela, Fitri Saari antara 5,279 graduan UM terima ijazah
Ratu terjun negara dan pemain hoki kebangsaan itu bakal menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Sukan.