KUALA LUMPUR: Pemain golf profesional negara, Gavin Kyle Green optimis beliau berada di landasan tepat untuk beraksi di temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Walaupun menghuni ranking ke-196 dunia serta berada di laluan cerah untuk layak ke Paris, namun pemain berusia berusia 29 tahun itu turut meletakkan sasaran tinggi untuk berada di kelompok 70 terbaik dunia menjelang temasya sukan empat tahun sekali itu.
"Saya mahu berada dalam kelompok 70 terbaik, walaupun saya fikir ia akan menjadi matlamat yang lebih baik untuk mencuba sekurang-kurangnya masuk ke kelompok 50 teratas dan kemudian 30 teratas.
Beliau berkata buat masa ini fokus utamanya ialah mengekalkan prestasi untuk terus berada di kelompok 300 terbaik dunia sekali gus melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.
"Buat masa sekarang, saya memang fokus untuk ke Olimpik, tetapi proses kelayakan masih lama, saya harap sangat kedudukan saya tidak jatuh hingga tahun depan," katanya.
Menurutnya, beliau hanya perlu konsisten terutama pada kejohanan yang menawarkan mata kelayakan seperti di Switzerland, Ireland, London dan Sepanyol supaya dapat berada dalam kedudukan selesa melangkah ke Sukan Olimpik nanti.
Beliau pada masa sama turut berharap adiknya, Galvin Kendall mampu melayakkan diri bersama-samanya untuk beraksi di Paris.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 25 2023
Gavin berkata, beliau hanya perlu konsisten terutama pada kejohanan yang menawarkan mata kelayakan seperti di Switzerland, Ireland, London dan Sepanyol. - Gambar fail/Stadium Astro
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pemain golf profesional negara meninggal dunia di China
Persatuan Golf Profesional Malaysia (PGAM) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata hari ini, laporan rasmi koroner belum selesai.