awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Giggs yakin Manchester United mampu jinakkan Spurs di final UEL

Khalis Khadir
Khalis Khadir
17/05/2025
22:00 MYT
Giggs yakin Manchester United mampu jinakkan Spurs di final UEL
Ryan Giggs pada sidang media mengenai Maybank Challenge Cup di sebuah hotel di ibu kota pada Sabtu. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bekas bintang Manchester United, Ryan Giggs yakin bekas pasukannya itu mampu mengatasi Tottenham Hotspur dalam aksi final Liga Europa UEFA (UEL) pada Khamis ini.
Pandangan itu bagi menepis sikap spektikal segelintir penyokong yang kurang yakin terhadap kebolehan skuad kendalian Ruben Amorim selepas prestasi tidak menentu dalam saingan domestik.
Giggs yang kini berada di Malaysia sempena perlawanan persahabatan antara Manchester United dan ASEAN All-Stars turut berpesan, jangan memandang rendah kemampuan mereka di pentas Eropah.
“Saya tahu ramai yang skeptikal, tapi saya percaya Manchester United tetap memiliki kualiti untuk muncul juara. Pencapaian United dalam 20 hingga 30 tahun kebelakangan ini cukup baik. Ya, dua musim ini kita agak merosot sedikit tetapi kita tetap berjaya meraih beberapa trofi,” katanya dalam sidang media, di sini, pada Sabtu.
Saingan kali ini dilihat turut mencabar kerana Tottenham juga bergelut dalam saingan domestik dan pastinya mendambakan kejuaraan bagi menamatkan penantian 17 tahun tanpa trofi.
Giggs yang memiliki dua gelaran UCL bersama Manchester United menambah, prestasi tidak menentu musim ini akan membuka mata Amorim mengenai kepincangan dalam pasukan.
"Saya fikir Amorim sedar bahawa dia tidak boleh bersaing di Eropah dan di pentas domestik menggunakan skuad sedia ada. Jadi, dia memiliki tugas besar bagi jendela perpindahan akan datang. Saya berharap pihak pengurusan kelab dapat memberi sokongan mencukupi kepadanya," katanya.
Mengulas lanjut, Giggs berkata, United perlukan suntikan pemain berprofil tinggi untuk kembali konsisten dalam saingan liga.
“Ketika ini, kita banyak bergantung kepada pemain seperti Bruno Fernandes. Kita perlukan lebih ramai penyerang berbisa untuk kembali menjadi pencabar utama,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Manchester United
#Ryan Giggs
#ASEAN All-Stars
#perlawanan persahabatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami