awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gol lewat Mbappe pastikan kemenangan PSG

Astro Arena
Astro Arena
12/02/2022
01:11 MYT
Gol lewat Mbappe pastikan kemenangan PSG
Aksi Kylian Mbappe (kiri) ketika membuat cubaan menjaringkan gol sambil penjaga gol Rennes Dogan Alemdar cuba menyelamatkan bola ketika perlawanan Ligue 1 antara PSG dan Rennes di Stadium Parc des Princes, Paris, 11 Feb 2022. (Foto AP)
PSG 1 RENNES 0
Gol lewat permainan daripada Kylian Mbappe memastikan Paris Saint-Germain (PSG) melebarkan kelebihan di tangga teratas Ligue 1 kepada 16 mata selepas menewaskan Rennes 1-0 di Parc des Princes awal pagi tadi.
Pemain nombor 7 PSG itu merupakan bintang paling menonjol dalam pasukannya tetapi perlu menunggu sehingga minit ke-93 untuk memecahkan kebuntuan selepas menerima umpanan Lionel Messi.
Pasukan bimbingan Mauricio Pochettino itu sekadar beraksi hambar sepanjang 90 minit dan perlu segera mengubah perkara itu menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Real Madrid awal pagi Rabu ini.
Bagaimanapun, Mbappe muncul penjaring gol tunggal untuk memastikan PSG membenam lawan yang merupakan satu-satunya pasukan pernah menewaskan mereka musim ini.
Keylor Navas terpaksa menepis keluar percubaan voli Benjamin Bourigeaud yang sempat terbias ke tanah pada minit ketujuh.
Mbappe sememangnya kelihatan bakal memberikan masalah buat pihak lawan apabila hampir memecahkan kebuntuan menerusi sepakan lencongnya dalam babak pertama sebelum satu lagi percubaannya terkena tiang gol.
Penyerang sensasi itu menemui jaringan selepas meluru ke arah bola yang dilorongkan Messi pada minit ke-64 tetapi dikesan terlebih dahulu berada di kedudukan ofsaid.
Sewaktu kedua-dua pasukan kelihatan akan berkongsi mata, Messi sekali lagi melorongkan bola ke arah Mbappe di dalam kawasan penalti sebelum penyerang muda itu tidak mengulangi kesilapan lalunya untuk melepaskan rembatan rendah yang menewaskan Dogan Alemdar.
Topic Berkaitan
#PSG
#Kylian Mbappe
#Ligue 1
#Rennes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan