awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GP Algarve: Marquez tarik diri akibat gegaran kepala

Astro Arena
Astro Arena
03/11/2021
04:11 MYT
GP Algarve: Marquez tarik diri akibat gegaran kepala
Marc Marquez rai kejayaan memenangi MotoGP Emilia Romagna di litar Misano, Misano Adriatico, Itali, 24 Okt, 2021. (Foto AP)
MARC Marquez akan terlepas Grand Prix (GP) Algarve hujung minggu ini selepas mengalami sedikit gegaran di kepalanya ekoran terbabas ketika sesi latihan.
Juara MotoGP enam kali tersebut mengalami kemalangan itu Sabtu lalu ketika bersiap untuk perlumbaan terakhir kedua musim ini di Portimao, di mana dia akan mengintai kemenangan ketiga berturut-turut.
Semalam, Marquez masih mengadu tidak sihat selepas beberapa hari berehat di rumahnya sebelum pelumba Repsol Honda itu memutuskan untuk tidak berlumba di Algarve Motorsports Park sebagai langkah berjaga-jaga selepas menjalani pemeriksaan kesihatan.
Pasukan Sepanyol itu dalam satu kenyataan berkata: "Sabtu lalu, Marc Marquez mengalami gegaran di kepalanya ketika menjalani latihan untuk menghadapi GP Algarve.
“Selepas beberapa hari berehat di rumah dan berdasarkan keadaannya yang masih tidak sihat, hari ini Marquez telah dinilai oleh doktor.
Marc Marquez to miss Algarve Grand Prix This past Saturday Marc Marquez, while preparing for the Algarve Grand Prix with one of his standard off-road training sessions, suffered a fall that caused a slight head concussion.https://t.co/WdDGicQ4CI pic.twitter.com/mXNJtvnjGC
— Repsol Honda Team (@HRC_MotoGP) November 2, 2021
"Sebagai langkah berjaga-jaga, Marquez tidak akan bertanding dalam Grand Prix Algarve pada hujung minggu ini."
Marquez terlepas kempen awal musim ini berikutan masih menjalani pemulihan terhadap kecederaan lengan yang serius.
Dia kembali beraksi sejak GP Portugal pada April lalu dan kini berada di tempat keenam dengan 142 mata selepas mencatat kemenangan berturut-turut di Austin dan di GP Emilia Romagna sambil menyaksikan Fabio Quartararo mengesahkan kejuaraan.
Topic Berkaitan
#marc marquez
#MotoGP
#gegaran di kepala
#Grand Prix Algarve
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan