PEP Guardiola sekali lagi menolak peluang Manchester City untuk merangkul empat kejuaraan, beliau menyifatkan perlu memiliki skuad 32 pemain untuk mencapai sasaran tersebut.
City kini memiliki kelebihan 15 mata mendahului saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), manakala skuad bimbingan Guardiola merupakan pasukan pilihan untuk meneruskan kemaraan dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) apabila diundi bertemu Basel dalam aksi pusingan kedua.
Menerima kunjungan Burnley di Stadium Etihad untuk aksi pusingan ketiga Piala FA hari ini, skuad kendalian Guardiola turut menempuhi aksi separuh akhir Piala EFL berdepan Bristol City pada selasa.
Di sebalik peluang untuk mencipta kejayaan dalam empat saingan, Guardiola percaya City memerlukan skuad yang lebih besar jika mahu melakukannya.
"Ajukan soalan ini pada bulan Mac atau April, jika kami masih bersaing dalam empat kejohanan ini. Kemudian kita boleh berbincang," kata Guardiola.
"Kami memerlukan 32 pemain di dalam pasukan untuk bermain dalam empat kejohanan yang berbeza dan ia merupakan sesuatu yang mustahil.
"Sasaran kami adalah perlawanan bertemu Burnley bagi saingan Piala FA, kemudian Bristol City pada Selasa.
"Burnley merupakan pasukan yang berkualiti. Mereka kurang dibolosi jaringan serta memiliki kekuatan fizikal yang tinggi.
City dijangka mempertingkatkan lagi skuad bulan ini, dengan pertahanan Barcelona, Samuel Umtiti, serta penyerang Arsenal, Alexis Sanchez merupakan sasaran mereka.
"Ketika di Barcelona, Bayern dan di sini, saya tidak pernah mendesak kelab untuk mendapatkan pemain-pemain.
"Kelab-kelab ini cuba memberikan yang terbaik. Kami melakukan sesuatu untuk masa depan yang lebih baik.
"Buat masa ini, saya akan terus berusaha denga pemain-pemain yang sedia ada. Sukar untuk mendapatkan pemain ketika ini. Tetapi kami akan terus cuba memberikan yang terbaik."
Astro Arena
Sat Jan 06 2018
Di sebalik peluang untuk mencipta kejayaan dalam empat saingan, Guardiola percaya City memerlukan skuad yang lebih besar jika mahu melakukannya. - Gambar fail
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
AWANI Tonight: Astro's turnaround, new TV packs, and Premier League rights
Astro Malaysia Holdings Bhd reported a net profit of RM46.94 million for Q3 2024, introduced new TV packs, and renewed Premier League and FA Cup broadcasting rights through 2028.
AWANI Tonight: Govt probes alleged mishandling of deceased baby’s body
The Health Ministry has launched an investigation into the claim that a private hospital stored a newborn’s body in a freezer for two weeks, due to the father’s inability to pay the medical bills.
Anak Ronaldinho pilih Burnley dari Barcelona
Keputusan Joao Mendes yang menandatangani kontrak bersama Burnley itu telah mengejutkan pelbagai pihak.
EPL: Man United sama hebat dengan skuad tercorot liga
Penjaga gol Manchester United, Andre Onana menjadi punca buat pasukannya kehilangan kemenangan menentang Burnley.
EPL: Kompany terkilan rayuan penalti Burnley tidak diendahkan
Kompany lebih terkejut apabila bola yang terkena tangan Chris Mepham tidak disemak ketika permainan memasuki minit kelapan masa tambahan.
EPL: Fernandes kurangkan tekanan Ten Hag
Mendapat hantaran Jonny Evans, pemain Portugal itu tidak berdepan masalah menewaskan penjaga gol Burnley, James Trafford.
EPL: Hatrik Son Heung-min warnai kejayaan Tottenham atasi Burnley
Son Heung-min menjaringkan hatrik ketika Tottenham bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mengatasi Burnley 5-2.
Bintang B-20 England taruhan Burnley
Media Britain melaporkan, Burnley akan membayar Villa sebanyak 14 juta pound untuk pemain bawah 20 tahun itu.
Liga Kejuaraan: Burnley sah kembali ke EPL selepas atasi Middlesbrough
Gol daripada Ashley Barnes dan Connor Roberts memastikan kemenangan penting itu buat Burnley.
Haaland cemerlang lakar hatrik
Ia menjadi detik malang buat Kompany yang sebelum itu diberi sambutan wira selepas 11 tahun menabur bakti di Etihad.
Dyche ganti Lampard, sandaran Everton kekal status elit
Everton bergelut di bawah Lampard, kali terakhir memenangi perlawanan liga apabila menewaskan Crystal Palace pada Oktober lalu.
Manchester City tenang kembali ke puncak EPL
Manchester City melakar kemenangan meyakinkan 2-0 ke atas Burnley yang bergelut di zon penyingkiran pada Sabtu.