awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hadiah kereta menanti pemenang pingat Sukan Olimpik di Paris - Hannah

Bernama
Bernama
29/02/2024
14:28 MYT
Hadiah kereta menanti pemenang pingat Sukan Olimpik di Paris - Hannah
Hannah berkata, Jawatankuasa Road To Gold (RTG) telah menerima tawaran daripada sebuah syarikat kereta yang berminat memberi ganjaran kepada atlet negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Atlet kebangsaan yang membawa pulang pingat pada Sukan Olimpik 2024 di Paris yang dijadual berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini bakal menerima habuan sebuah kereta berjenama luar negara.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata pihak Jawatankuasa Road To Gold (RTG) telah menerima tawaran daripada syarikat kereta tersebut yang berminat memberi ganjaran kepada atlet negara yang berjaya menamatkan podium pada temasya sukan terbesar dunia itu.
Bagaimanapun, Hannah turut berharap syarikat tempatan termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk tampil memberi ganjaran kepada atlet yang mengharumkan nama negara di Paris 2024 kelak.
"Kita mahu juga beri peluang kepada jenama tempatan (beri ganjaran pemenang pingat Sukan Olimpik) kerana sekarang jenama luar negara yang beri tawaran.
"Jadi mana-mana syarikat tempatan yang bersedia memberi tawaran mereka boleh hubungi penyelaras RTG Datuk Stuart Ramalingam," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa RTG di sini, hari ini.
Atlet yang merangkul pingat Sukan Olimpik layak menerima Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) mengikut warna pingat yang dimenangi dengan pemenang pingat emas di Sukan Olimpik dan Paralimpik akan menerima RM1 juta, manakala perak dan gangsa masing-masing layak mendapat RM300,000 dan RM100,000.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#atlet negara
#pingat
#Sukan Olimpik
#Hannah Yeoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan