KUALA LUMPUR: Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Ginni Infatino dan Presiden Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin hari ini bertemu bagi membincangkan dan mengenal pasti peluang untuk pembangunan berterusan bola sepak di Malaysia.
FIFA dalam satu kenyataan memaklumkan, pertemuan itu berlangsung hari ini di Paris, Perancis.
Kenyataan itu menyatakan bahawa, FAM secara aktifnya telah terlibat dengan program Foward FIFA - satu mekanisme di mana FIFA membahagikan dana kepada 211 ahli persatuannya bagi projek pembangunan bola sepak - dan kedua-dua presiden itu telah dapat menilai semula kesemua program yang telah dilaksanakan sehingga kini.
"Sentiasa suatu yang baik untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan dari Persatuan Bola Sepak Malaysia - yang telah menjadi contoh baik secara berterusan bersama-sama dalam program Foward FIFA, yang mampu memberikan impak mendalam dalam pembangunan bola sepak.
"Pertemuan hari ini memberi peluang yang baik untuk melihat kembali banyak perkara yang telah kami capai bersama dan melihat ke hadapan untuk apa lagi yang boleh kami lakukan pada masa akan datang," kata Infantino.
Program yang dinyatakan Infantino itu termasuklah sokongan berterusan futsal dan liga bola sepak wanita di Malaysia, serta pengubahsuaian ibu pejabat dan pusat latihan FAM baru-baru ini, yang termasuk padang rumput dengan lampu limpah dan naik taraf gelanggang futsal ahli-ahli persatuan.
Sementara itu, Hamidin selepas pertemuan itu berkata: "Ia satu pertemuan yang amat bermakna. Pertamanya Infatino sebagai Presiden FIFA sentiasa menerima dan mengalu-alukan kesemua presiden persatuan, jika ada yang diperlukan untuk bertemu dan perbincangan penting hari ini ialah mengenai program Foward FIFA 3.0." - BERNAMA
Bernama
Tue Feb 28 2023
Presiden FIFA, Ginni Infatino (kiri) dan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin hari ini bertemu bagi membincangkan dan mengenal pasti peluang untuk pembangunan berterusan bola sepak di Malaysia. - Gambar fail
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Hamidin tidak pertahan jawatan Presiden FAM
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin, tidak akan mempertahankan jawatan itu dalam Kongres FAM awal tahun depan.
Presiden FAM terima Darjah Kebesaran, kini bergelar Tan Sri Hamidin
Presiden FAM Tan Sri Hamidin Mohd Amin hari ini dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.
Hamidin mohon menghadap Sultan Selangor
Hamidin bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, namun akan menjelaskan berhubung kemelut yang melanda bola sepak tanah air pada masa ini.
Hamidin masih ada misi yang belum selesai sebagai Presiden FAM
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin memberi bayangan untuk terus menerajui badan induk itu kerana terdapat misi yang masih perlu diselesaikan di bawah kepimpinannya.
'Keadaan Faisal cukup menyedihkan' - Hamidin
Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin kesal dengan kejadian yang menimpa Faisal Halim yang disimbah asid dalam satu kejadian di sebuah pusat beli-belah pada Ahad.
Bukan FAM, Tengku Zafrul mahu beri tumpuan kepada MITI
Tengku Zafrul hanya berminat memberikan tumpuan kepada MITI selepas namanya dikaitkan dengan jawatan presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Presiden FAM rai media Malaysia di Qatar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin hari ini meraikan petugas media dari Malaysia yang membuat liputan Piala Asia 2023.
Hamidin akui projek naturalisasi FAM gagal
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, mengakui projek pemain naturalisasi yang dikelolakan badan induk itu sebelum ini gagal.
Hamidin dan Presiden FIFA Infantino bincang pembangunan bola sepak Malaysia
Kedua-dua mereka juga mengenal pasti peluang untuk pembangunan berterusan bola sepak di Malaysia.
Agong zahir ucapan tahniah kepada Hamidin, terpilih ahli FIFA
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin yang dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA mewakli Asia.