KUALA LUMPUR:Kerajaan diharap dapat mewujudkan situasi 'menang-menang' dengan pemegang taruh Liga Malaysia (Liga-M) dan industri sukan negara dengan memberi ruang yang sama kepada sektor sukan berjalan seiring dengan sektor ekonomi sepanjang penularan pandemik COVID-19.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang FC Datuk Mohammed Suffian Awang berharap Majlis Keselamatan Negara (MKN) dapat mewujudkan situasi itu dalam membuat keputusan berkenaan prosedur operasi standard (SOP), sekali gus membenarkan Liga-M berjalan seperti dirancang.
"Sebagai CEO bertanggungjawab kepada semua pemain yang secara tidak langsung merupakan pekerja, saya juga mengidamkan industri bola sepak dapat berlangsung sepertimana industri-industri lain.
"Kita faham dan sentiasa akan patuhi apa jua hasrat kerajaan namun keresahan ini dapat diatasi jika liga dapat diteruskan dengan suasana SOP yang boleh dipatuhi oleh semua pasukan sebagaimana contoh, ujian calitan secara berkala yang saya lihat kosnya lebih rendah.
"Semua pasukan juga kena bantu kerajaan dalam soal ini, mereka tidak boleh cakap mahu berlatih macam biasa dan pihak kerajaan juga kena dengar apa pandangan dari Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) serta rakan-rakan industri yang lain," katanya dalam kenyataan dikeluarkan MFL pada Khamis.
Sebelum ini, CEO Persatuan Pemain-Pemain Profesional Malaysia (PFAM) Izham Ismail dan jurulatih berpengalaman Mohd Azraai Khor Abdullah merupakan antara pihak menyuarakan hasrat supaya Liga-M diteruskan kerana sebarang pembatalan akan membawa implikasi buruk kepada semua pihak dan industri bola sepak negara.
Sementara itu, CEO Terengganu FC Ab Rashid Jusoh juga senada dengan Suffian, sambil berharap semua pihak memahami kepentingan industri bola sepak negara yang menjadi satu industri besar yang membina rantaian ekonomi tersendiri secara tidak langsung daripada pihak kelab, penaja, penyokong dan perniagaan.
Ab Rashid berkata banyak perkara boleh dipelajari daripada industri bola sepak Eropah yang masih diteruskan walaupun penularan wabak COVID-19 begitu tinggi, selain mengharapkan perkara sama mampu direalisasikan di Malaysia.
"Jika kita melihatkan di Eropah, kes COVID-19 di negara mereka lebih tinggi berbanding Malaysia namun mereka berjaya menggerakkan liga mereka seperti biasa dengan penambahan SOP yang ketat.
"Perkara yang sama dilihat boleh dilakukan di negara kita dengan syarat-syarat yang perlu dipersetujui bersama di antara MKN atau pihak berwajib bersama FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) dan MFL," jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 04 2021
MKN diharap dapat mewujudkan situasi itu dalam membuat keputusan berkenaan SOP, sekali gus membenarkan Liga-M berjalan seperti dirancang. - Stadium Astro
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.