KUALA LUMPUR: Misi Malaysia mara lebih jauh dalam kempen kelayakan Piala Dunia hampir mustahil walaupun menundukkan Taiwan 3-1 pada perlawanan terakhir Kumpulan D pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 di sini, malam ini.
Ia selepas skuad Harimau Malaya perlu mengharapkan Oman membelasah Kyrgyzstan pada satu lagi aksi kumpulan di Muscat yang dijadual berlangsung 12 tengah malam ini waktu Malaysia.
Oman sekurang-kurangnya perlu mencatat kemenangan 7-0 untuk membolehkan Malaysia memintas Kyrgyzstan di tempat kedua berdasarkan jumlah perbezaan jaringan sekali gus mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.
Namun, sekiranya skrip berbeza, keputusan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini turut memadam impian Malaysia layak lebih awal ke Piala Asia 2027 sekali gus terpaksa menempuh pusingan ketiga kelayakan pertandingan itu dalam usaha membuat penampilan kedua berturut-turut.
Turun dengan misi meraih kemenangan besar, keghairahan Malaysia memburu gol awal membawa padah apabila Taiwan yang hanya menunggu peluang untuk membuat serangan balas pantas berjaya merobek gawang negara menerusi penyerang Yu Yao-Hsing untuk mendahului pada minit ke-20.
Gol itu berpunca kesilapan Muhammad Akhyar Abdul Rashid mengeluarkan bola di kawasan sendiri, menyaksikan ia menjunam tepat ke arah Kouame untuk beliau melorongkan bola kepada Yao-Hsing yang tidak ofsaid dan tenang melepasan rembatan menewaskan Muhammad Azri Abdul Ghani.
Walaupun tersentak dengan gol pembukaan Taiwan, Malaysia kemudian mensia-siakan lambakan peluang terhidang yang menyaksikan beberapa percubaan daripada Muhammad Safawi dan Muhammad Akhyar masing-masing gagal menemui sasaran selain diselamatkan penjaga gol lawan Pan Wen-Chieh.
Ketika Malaysia giat memburu gol penyamaan, Taiwan melancarkan serangan balas pantas yang menyaksikan Muhamamd Azri bekerja keras membuat tampanan penting ketika menyelamatkan dua percubaan berturut-turut Emilio Estevez pada minit ke-29.
Pasukan negara terus kempunan dalam usaha pemburuan gol selepas Muhammad Akhyar yang menerima hantaran Muhammad Safawi gagal menewaskan Wen-Chieh dalam situasi satu lawan satu pada minit ke-41 sekali gus kedudukan 1-0 berpihak Taiwan kekal sehingga rehat.
Bersambung babak kedua, Malaysia yang mengekalkan corak permainan agresif dan menyerang berjaya menyamakan kedudukan menerusi rembatan Muhammad Safawi dari luar kotak penalti yang gagal ditangkap kemas Wen-Chieh sebelum bola melepasi garisan gol pada minit ke-53.
Pasukan negara menggandakan kedudukan selepas pemain tengah naturalisasi Paulo Josue menyempurnakan hantaran La'vere Corbin-Ong berpunca gerak dari sebelah kiri pada minit ke-69.
Pemain gantian Muhammad Adib Abdul Ra'op menjadikan kedudukan 3-1 pada penghujung perlawanan selepas memanfaatkan kesilapan pertahanan lawan pada masa kecederaan separuh masa kedua sekali gus meraih gol sulung di pentas antarabangsa dalam penampilan keduanya.
Malaysia kini berada di tempat ketiga, berkongsi 10 mata dengan Kyrgyzstan (kedua) dan hanya dipisahkan dengan perbezaan gol sementara Oman yang mendahului kumpulan dengan 12 mata sudah melayakkan diri lebih awal manakala Taiwan tercorot tanpa sebarang mata.
Kekalahan malam ini menyaksikan Taiwan di ranking dunia ke-159 terus kempunan menemui kemenangan pertama dalam kempen pusingan kedua kelayakan Piala Dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 11 2024
Kekalahan malam ini menyaksikan Taiwan di ranking dunia ke-159 terus kempunan menemui kemenangan pertama dalam kempen pusingan kedua kelayakan Piala Dunia. - Gambar fail/IG faisalhalim.7
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.