awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek pembunuhan larikan diri 37 tahun dibawa balik ke HK dari Thailand
Obor-obor hantu gergasi ditemui terapung di laut berhampiran Argentina
Badminton: Seorang pemain negara keluar BAM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harimau Malaya kembali mengaum - Reezal Merican

Bernama
Bernama
16/06/2021
02:58 MYT
Harimau Malaya kembali mengaum - Reezal Merican
Kejayaan membenam Thailand itu membolehkan Malaysia melangkah secara automatik ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023, bagi terus menghidupkan peluang beraksi pada pusingan akhir kejuaraan benua itu. - Foto FAM
KUALA LUMPUR: Kemenangan 1-0 Malaysia ke atas Thailand pada aksi terakhir Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 awal pagi tadi, membuktikan skuad Harimau Malaya kembali mengaum selepas dua kekalahan berturut-turut dalam saingan kumpulan sebelum ini.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, beliau menghargai semangat ditonjolkan skuad bimbingan Tan Cheng Hoe sepanjang perlawanan, dalam usaha memburu kemenangan dan berharap setiap pemain mengekalkan prestasi positif itu, bagi menempuh cabaran di masa hadapan.
"Harimau Malaya kembali mengaum! Alhamdulillah! Dengan sepakan penalti Safawi Rasid, Malaysia berjaya melayakkan diri ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023. Tahniah saya ucapkan kepada pasukan Harimau Malaya yang telah berjuang dengan penuh semangat.
"Inilah prestasi yang perlu kekal di dada setiap pemain Harimau Malaya-dengan lencana yang membawa nama negara. Saya bangga dengan aksi pada malam ini. 'GOOD GAME' Harimau Malaya!," kata Reezal Merican menerusi ciapan di akaun Twitter rasminya.
BACA: Malaysia atasi Thailand 1-0, nyalakan peluang ke Piala Asia 2023
Pada aksi di Stadium Al Maktoum, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu, Muhammad Safawi Rasid yang dimasukkan sebagai pemain gantian pada babak kedua perlawanan muncul wira pasukan negara, selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-52.
Kejayaan membenam Thailand itu membolehkan Malaysia merampas kedudukan ketiga Kumpulan G daripada skuad Gajah Perang dan melangkah secara automatik ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023, bagi terus menghidupkan peluang beraksi pada pusingan akhir kejuaraan benua itu.
Dalam aksi kumpulan G pada 4 Jun lepas, Malaysia kalah 4-0 kepada UAE sebelum tewas 1-2 kepada Vietnam pada Sabtu lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#harimau Malaya
#Thailand
#Kumpulan G
#Reezal Merican Naina Merican
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan