awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harimau Malaya: Perlu ada program pembangunan menyeluruh

Syafique Shuib
Syafique Shuib
26/11/2013
06:22 MYT
Harimau Malaya: Perlu ada program pembangunan menyeluruh
Kejayaan tidak boleh berlaku dalam sekelip mata, namun perlu ada program pembangunan yang lebih terperinci dan melibatkan semua pihak bagi meningkatkan pencapaian pasukan bola sepak negara.
Itulah komen yang diberi oleh jurulatih Harimau Muda Datuk Ong Kim Swee dalam Buletin Awani 745 ketika ditanya tentang prestasi skuad Harimau Malaya dan juga peranan jurulatih.
“Kalau kita menukar sesiapa pun, jika tiada rancangan tentang pembangunan bola sepak, ia tidak akan berlaku. Bola sepak memerlukan masa yang cukup lama untuk membuktikan kemampuan setiap negara, Bola sepak tidak boleh mendatangkan kejayaan dalam sekelip mata,” kata beliau.
Ditanya tentang Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara, blogger sukan Rizal Hashim berpendapat bahawa ia harus menjadi satu agenda nasional yang perlu difaham oleh semua pihak.
“Kita mengharap agenda nasional ini sebagai garis panduan untuk memastikan bola sepak kita kembali dimartabatkan,” kata beliau.
Wakil Ultras Malaya Alfadli Awaludin pula berkata perlu ada perubahan menyeluruh bagi meningkatkan pencapaian Harimau Malaya.
“Kalau kita hendak merubah prestasi Harimau Malaya, perlu berubah jurulatih dan pengurusan. Segala-galanya perlu berubah.”
Topic Berkaitan
#Alfadli Awaludin
#AWANI 745
#bola sepak
#harimau Malaya
#Ong Kim Swee
#rizal hashim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan