PETALING JAYA: Pertukaran formasi atau rentak permainan akan dilakukan bagi mempertajamkan jentera serangan skuad Harimau Malaya untuk menghadapi Oman dalam perlawanan Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini.
Pertahanan skuad kebangsaan Mohd Shahrul Mohd Saad berkata ketika menentang Oman di tempat lawan, pasukan lebih banyak bertahan agar tidak mudah dibolosi dan kali ini di gelanggang sendiri, skuad bimbingan Kim Pan Gon itu akan lebih agresif memburu jaringan.
"Semestinya bermain di tempat kita, saya rasa akan ada pertukaran formasi terutama dari segi serangan. Kita tidak boleh hilang mata untuk perlawanan seterusnya, kita akan bagi all out untuk perlawanan di tempat kita.
"Perlawanan di Oman kita harus bertahan, di sini tidak boleh terus bertahan terlalu lama, kita mahu mata. Kita mahu lebih serangan dan berikan tekanan untuk mendapatkan kemenangan," katanya ketika ditemui pemberita hari ini.
Sementara itu, Mohd Shahrul berkata berdasarkan perlawanan Jumaat lepas, mereka mengesan beberapa kelemahan pasukan Oman yang boleh dimanfaatkan pada perlawanan di Bukit Jalil nanti.
"Kita mampu melakukan sesuatu di tempat kita. Saya pasti kita mempunyai kekuatan sendiri bila bermain di tempat kita," katanya.
Seorang lagi pemain pertahanan negara Corbin Ong berkata, berdasarkan corak permainan Oman tempoh hari, beliau yakin skuad kebangsaan mampu melakukan sesuatu apabila berdepan pasukan di ranking ke-80 itu.
"Oman di ranking utama dalam pot (undian), jadi kita beri muka. Tapi saya yakin Malaysia boleh mencipta sesuatu menentang Oman Selasa ini. Lagipun, mereka bukan pasukan tanpa kalah atau apa-apa seperti itu," katanya.
Pada aksi di Kompleks Sukan Sultan Qaboos, Muscat, Selasa lepas, skuad Harimau Malaya tewas 0-2 kepada Oman, sekali gus hilang status pendahulu Kumpulan D apabila turun ke tangga ketiga walaupun berkongsi enam mata dengan Oman yang merampas kedudukan berdasarkan perbezaan gol.
Kyrgysztan di tempat kedua juga dengan enam mata manakala Taiwan tercorot tanpa sebarang mata.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 24 2024
Mohd Shahrul berkata ketika menentang Oman di tempat lawan, pasukan lebih banyak bertahan agar tidak mudah dibolosi. - Instagram @shahrulsaad
Perak perlu lebih 57,000 unit rumah menjelang 2030
Perak memerlukan 57,407 unit rumah menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad
Kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam.
AWANI Ringkas: Kes denggi meningkat, 40 maut sejak Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban diklasifikasi Syahid Akhirat
Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas tindakannya membunuh polis.
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenal - Saifuddin
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenalkan hari ini bagi memastikan penggiat seni hasilkan karya berkualiti dan mempunyai nilai estetika tanpa menyentuh perkara sensitif.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.