KUALA LUMPUR: Malaysia meneruskan rentak kemenangan aksi pemanas badan menjelang saingan Piala AFF 2022, apabila membenam Maldives 3-0 pada aksi Persahabatan Antarabangsa Tier 1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam ini.
Ketua jurulatih Kim Pan Gon melakukan rombakan besar terhadap kesebelasahan utama dengan hanya mengekalkan empat pemain ketika membelasah Kemboja 4-0 pada aksi pemanas badan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat lepas.
Malaysia sudah mula mengasak benteng Maldives seawal wisel permulaan, tetapi peluang terbaik dicipta pada minit ke-11 menerusi Darren Lok hasil lorongan Brendan Gan, yang telah dipatahkan oleh penjaga gawang Hussain Shareef.
Selepas serangan bertali arus, skuad Harimau Malaya berjaya memecahkan kebuntuan pada minit ke-24 menerusi Darren, apabila barisan pertahanan Maldives sedikit leka tanpa mengawal penyerang itu, yang menyudahkan hantaran kapten Muhammad Safawi Rasid.
Skuad Harimau Malaya yang menghuni ranking ke-146 dunia, kemudian mendapat peluang untuk menggandakan jaringan apabila pengadil Sivakorn Pu-Udom menghadiahkan sepakan percuma berdekatan kotak penalti ke atas kekasaran pemain Maldives, namun percubaan Muhammad Safawi sedikit melewati palang gol.
Bersambung babak kedua, Malaysia berjaya meningkatkan jurang menerusi jaringan Muhammad Faisal Abdul Halim pada minit ke-64, apabila pemain tengah itu berjaya melakukan larian solo untuk menewaskan Hussain di hadapan lebih 6,000 penyokong.
Jaringan itu jelas menyemarakkan semangat Muhammad Faisal, yang dikenali sebagai Mickey, apabila beliau berjaya mencipta dua percubaan menerusi gerakan tangkasnya, namun tandukan pada minit ke-68 tersasar, manakala rembatan tiga minit kemudian diselamatkan penjaga gol.
Pemain naturalisasi negara Lee Tuck, yang dibawa masuk menggantikan Muhammad Safawi, menggegarkan palang menerusi tandukan deras pada minit ke-85, sebelum melengkapkan gol ketiga skuad negara hasil hantaran Muhammad Azam Azmi Murad tiga minit kemudian.
Pan Gon dijangka mengumumkan skuad 23 pemain daripada senarai 28 sedia ada untuk menghadapi Piala AFF dalam masa terdekat.
Harimau Malaya akan memulakan kempen Kumpulan B mereka di Piala AFF dengan ke Yangon bagi bertemu Myanmar pada 21 Dis, diikuti perlawanan menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil (24 Dis), Vietnam di Hanoi (27 Dis) dan Singapura di Bukit Jalil (3 Jan).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 14 2022
Malaysia meneruskan rentak kemenangan aksi pemanas badan menjelang saingan Piala AFF 2022, apabila membenam Maldives 3-0, malam ini. - Foto Facebook FAM
Pedofilia MRSM Tumpat: Polis selesai panggil 14 individu
Polis selesai memanggil 14 individu untuk dirakam keterangan berhubung kes pedofilia melibatkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tumpat.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN sah miliki Sarjana Eksekutif UMPSA
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, 54, disahkan memiliki Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN tunjuk bukti kelayakan akademik
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut menunjukkan bukti berkaitan kelayakan akademiknya bagi menjawab isu berkenaan.
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.