PETALING JAYA: Ifedayo Olusegun menghidupkan semula semangat Selangor ketika membantu pasukan merakamkan kemenangan bergaya 3-1 ke atas Perak dalam aksi Liga Super di Stadium MBPJ, malam tadi.
Selangor melewati situasi sukar apabila tewas 2-1 kepada Kedah dalam aksi terdahulu, bertemu Perak, yang meraih kemenangan 3-2 ke atas UiTM.
Skuad kendalian Karsten Neitzel itu memulakan permainan dengan cemerlang apabila berjaya mendahului saingan awal minit kelapan perlawanan, gerakan Jordan Ayembila daripada sayap kiri berjaya mencari Ifedayo untuk menampan masuk mudah bola menembusi gawang.
Selangor terus melakar usaha mencari jaringan tambahan, Oliver Buff yang dijatuhkan pemain Perak pada minit ke-31, Ifedayo sekali lagi bertindak selaku penjaring menerusi sepakan penalti.
Ifedayo melengkapkan hatriknya dalam separuh masa kedua, menerusi sepakan sudut yang diambil Mukhairi Ajmal, berjaya ditanduk Brendan Gan sebelum disambar Ifedayo pada minit ke-71.
Perak memperoleh jaringan saguhati dalam masa kecederaan, hantaran silang bekas penyerang Selangor, Guilherme de Paula berjaya disudahkan oleh Farid Khazali namun sudah terlewat bagi mencari peluang menyamakan kedudukan.
Keputusan lain:
JDT 3 PJ City 0
KL City 2 SRI PAHANG 1
UITM 0 MELAKA UNITED 3
Liga Perdana
SARAWAK UNITED 7 Skuad Projek FAM-MSN 1
Astro Arena
Sat Apr 10 2021
Ifedayo Olusegun menghidupkan semula semangat Selangor ketika membantu pasukan merakamkan kemenangan bergaya 3-1 ke atas Perak dalam aksi Liga Super di Stadium MBPJ, malam tadi. -Astro Arena
Universiti Malaya dikecam kerana jemput pensyarah pro-Israel
Universiti Malaya mendapat kecaman kerana membenarkan seorang ahli akademik Amerika Syarikat menyebarkan propaganda Zionis.
Tumpuan Khamis - 25 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jenazah dua mangsa tragedi helikopter selamat dikebumikan di Kedah
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan sepanjang proses pengebumian berlangsung.
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Mendiang Sivasutan anak yang sangat baik, tidak tolak permintaan orang tua - Bapa
"Bukan sahaja jasad pergi... tetapi segala keseronokan, kebaikan dan kegembiraan dia bawa bersama."
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM | Pengedaran dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya ikhlas pemergian Firdaus.. Dia wira negara, wira anak-anak Sungai Nibong' - Bapa
"Terima kasih kerana masih sayangkan keluarga saya, masih sayangkan anak saya. Saya ikhlas, demi Allah saya ikhlas pemergian beliau."
Selangor terus rekod kemenangan di tempat lawan
Kedua-dua pasukan berusaha mencari jaringan pembukaan namun Oliver Buff memastikan pelawat mendahului pada minit ke-42.
Liga Super: Hatrik Ifedayo pacu kemenangan Selangor ke atas Kedah di Alor Setar
Danial Asri memahat nama selaku penjaring Selangor selepas bijak melepasi perangkap ofsaid untuk menyumbat masuk lintangan Hein Htet Aung.
Nindia Bola: JDT lebih besar daripada Selangor - TMJ
Ifedayo dalam satu temu bual berkata, Selangor merupakan kelab terbesar di Malaysia berdasarkan jumlah piala yang dimenangi.
TFC atasi Selangor 2-1, lonjak ke tempat kedua
Skuad Gergasi Merah terlebih dahulu membuka jaringan menerusi sepakan penalti penyerang import Nigeria, Ifedayo Olusegun pada minit ke-49.
Dua gol saat akhir Ifedayo julang Selangor FC
Dua gol itu meranapkan harapan skuad bimbingan P.Maniam untuk menggenggam mata penuh selepas mendahului sejak awal babak pertama menerusi rembatan kaki kiri V Ruventhiran pada minit ke-25.
Hatrik Ifedayo suntik semula semangat Selangor
Hatrik Ifedayo suntik semula semangat Selangor
Kasut Emas: Shahrel Fikri anggap pemain import miliki kelebihan
Bagi Shahrel Fikri, dua pencabar terdekatnya berpeluang lebih cerah menggondol anugerah individu itu biarpun dia kini menerajui carta penjaring terbaik Liga Super berbekalkan 10 gol.