awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu ternak babi: Tiada larangan, tapi jangan ganggu sensitiviti, kesihatan penduduk - PM Anwar
Sindiket dadah helium-MDMA ditumpaskan, empat ditahan
WDS 2026 platform pendedahan teknologi pertahanan global - Mohamed Khaled
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hoki Sukan Asia: Speedy Tigers tewas lagi

Sinar Harian
Sinar Harian
06/10/2023
07:52 MYT
Hoki Sukan Asia: Speedy Tigers tewas lagi
Speedy Tigers mengakhiri saingan Sukan Asia Hangzhou 2022 di kedudukan keenam. - Foto FB HOKITA
SKUAD hoki lelaki kebangsaan mengakhiri saingan Sukan Asia Hangzhou 2022 di kedudukan keenam selepas tewas kepada Pakistan 2-5 dalam perlawanan penentuan tempat kelima dan keenam pada Jumaat.
Dalam aksi di Stadium Gongshu Canal Park itu, Malaysia terlebih dahulu berada di hadapan seawal minit kelima menerusi pukulan sudut penalti Muhammad Aminuddin Mohd Zain.
Namun, Pakistan menyamakan kedudukan tiga minit kemudian yang turut diperoleh daripada pukulan sudut penalti.
Kedudukan itu kekal sehingga suku ketiga perlawanan apabila tiba giliran Pakistan untuk berada di hadapan menerusi jaringan padang Abdul Rehman pada minit ke-37.
Pasukan di ranking ke-16 dunia itu terus mengganas menambah gol menerusi jaringan pukulan sudut penalti Abdul Rana pada minit ke-51 disusuli gol padang Ammad Muhammad dua minit berselang.
Muhammad Razie Abd Rahim cuba merapatkan kedudukan pada minit ke-58 sebelum Pakistan menamatkan sisa kebangkitan skuad negara menerusi gol padang Afraz seminit sebelum perlawanan tamat.
Prestasi di Sukan Asia kali ini mungkin bukan yang diharapkan skuad hoki negara apabila sebelum ini tewas kepada Korea Selatan dan China dalam aksi kumpulan sehingga gagal mara ke separuh akhir.
Ia sekali gus menyaksikan Speedy Tigers gagal menepati sasaran untuk meraih emas dan layak secara merit ke Sukan Olimpik 2024.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Sukan Asia Hangzhou
#skuad hoki Malaysia
#Speedy Tigers
#tewas kepada Pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan