awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS didorong sentimen global bercampur-campur
Piala Malaysia: Masih ada 90 minit untuk Negeri Sembilan FC berjuang
SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hubungan Faisal Salim, Safiq Rahim di padang dalam keadaan baik

Bernama
Bernama
21/03/2022
05:49 MYT
Hubungan Faisal Salim, Safiq Rahim di padang dalam keadaan baik
Kedua-dua pemain kini kembali bersua dalam kem latihan pusat skuad kebangsaan menjelang saingan Tiga-Negara FAS 2022 di Singapura bermula minggu ini. - Instagram/@mohamadfaisal_halim | Facebook/Team Malaysia
KUALA LUMPUR: Hubungan antara pemain sayap lincah Muhammad Faisal Abdul Halim dan pemain tengah berpengalaman Safiq Rahim kini dalam keadaan baik biarpun berlaku insiden 'menanduk muka' pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia 2021.
Selepas lebih tiga bulan insiden itu berlalu, kedua-dua pemain kini kembali bersua dalam kem latihan pusat skuad kebangsaan menjelang saingan Tiga-Negara FAS 2022 di Singapura bermula minggu ini.
Muhammad Faisal ketika ditemui pemberita berkata beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Safiq sepanjang menjalani sesi latihan pasukan negara, malah pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu memberikan kerjasama yang baik.
"Kami kadang-kadang bermain sebagai satu pasukan dalam sesi latihan, saya di bahagian kanan dan dia (Safiq) di tengah, bila saya minta bola dia (Safiq) tetap beri.
"Memang Safiq sebenarnya orang yang baik cuma biasa la orang tua (pemain senior) dia suka marah-marah," katanya dalam nada bergurau ketika ditemui pada sesi latihan terakhir skuad kebangsaan di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini hari ini.
Pada masa sama, ayam tambatan pasukan Terengganu FC itu berkata Safiq yang telah menerima hukuman daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atas perbuatannya, adalah seorang pemain yang profesional.
Muhammad Faisal berkata beliau sendiri sudah melupakan insiden tersebut dan tidak menyimpan dendam dengan fokusnya ketika ini adalah membantu pasukan negara meraih keputusan positif di Singapura.
Sebelum ini, peminat tempatan dikejutkan dengan tindakan tidak bersemangat sukan Safiq yang menanduk muka Muhammad Faisal pada pertembungan JDT dan TFC di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor, November tahun lepas.
Skuad Harimau Malaya dijadual berlepas ke Singapura esok bagi memulakan saingan Siri Tiga-Negara FAS menentang Filipina pada Rabu dan skuad tuan rumah (26 Mac) pada aksi Persahabatan Antarabangsa Tier 1.
Pasukan bimbingan Ketua Jurulatih Kim Pan Gon akan menamatkan siri perlawanan persahabatan di Singapura yang juga persediaan menghadapi Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun, dengan bertemu kelab tempatan Albirex Niigata FC pada 28 Mac ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhammad Faisal Abdul Halim
#Safiq Rahim
#kem latihan
#skuad kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan