Skip to main content

Sukan

Indonesian Masters: Pasangan beregu campuran negara layak ke suku akhir

71516878009_BadmintonBeregu.jpg
Pasangan beregu campuran negara Goh Soon Huat dan Shevon Jamie Lai berjaya mara suku akhir kejohanan badminton Indonesian Masters  di Jakarta hari ini.

Kejayaan itu diperoleh selepas mereka menewaskan pasangan beregu Korea Selatan, Choi Solgyu dan Chae Yoo Jung dengan straight set, 21-17, 21-15.

Soon Huat-Shevon seterusnya akan bertemu Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing atau pun Rinov Rivaldy dan Angelica Wiratama dari Indonesia.

Sebelum ini, pasangan tersebut telah menumpaskan beregu China, Wang Yilyu dan Huang Dongping dengan catatan mata 12-21, 21-19, 21-19 pada perlawanan pembukaan 24 Januari lalu.

Kejohanan di Istora Senayan yang bermula pada 23 Januari lalu, bakal berakhir pada 28 Januari 2018 ini.

Advertisement

Must Watch Video