awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
25 mayat ditemukan dalam operasi SAR tanah runtuh di Bandung Barat
Polis terima lima laporan kanak-kanak dipukul di tadika, dua penjaga ditahan
Masters Indonesia: Tang Jie-Ee Wei curi tumpuan, martabat Bahasa Melayu dalam wawancara Bahasa Inggeris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inter Milan kekal sempurna, benam Union SG 4-0 di Belgium

Muhamad Syazwan
Muhamad Syazwan
22/10/2025
00:20 MYT
Inter Milan kekal sempurna, benam Union SG 4-0 di Belgium
Inter Milan meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini apabila membelasah Union Saint-Gilloise 4-0 di Belgium. - Gambar Reuters
INTER Milan meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini apabila membelasah Union Saint-Gilloise 4-0 di Belgium, sekali gus mengekalkan rekod sempurna dengan tiga kemenangan daripada tiga perlawanan peringkat Liga.
Selepas menewaskan Ajax dan Slavia Praha sebelum ini, skuad kendalian Cristian Chivu sekali lagi mempamerkan prestasi meyakinkan bukan sahaja di bahagian serangan, tetapi juga dari segi keteguhan pertahanan yang masih belum dibolosi setakat ini.
Union SG bermula garang dan sempat menguji benteng Inter pada awal permainan, namun skuad Nerazzurri kekal tenang dan berdisiplin.
Gol pembukaan hadir pada penghujung separuh masa pertama menerusi Denzel Dumfries, yang pantas menyambar bola muntah hasil situasi sepakan sudut.
Tidak lama selepas itu, Inter menggandakan kelebihan pada masa kecederaan apabila Lautaro Martínez meledak sepakan kaki kanan padu yang menerjah penjuru atas gawang tuan rumah.
Separuh masa kedua menyaksikan penguasaan mutlak pasukan pelawat.
Hakan Calhanoglu menambah jaringan ketiga menerusi sepakan penalti yang disempurnakan dengan tenang, sebelum pemain muda Pio Esposito menerima hasil umpanan cantik daripada pemain gantian Bonny dan menjaringkan gol pertamanya dalam saingan Liga Juara-Juara, sekali gus melengkapkan kemenangan bergaya 4-0.
Kemenangan ini meletakkan Inter kini mengumpul sembilan mata, berkongsi kedudukan teratas kumpulan bersama Paris Saint-Germain dan Arsenal.
Lebih membanggakan, Chivu masih mengekalkan rekod tanpa bolos selepas tiga perlawanan satu bukti nyata keteguhan sistem pertahanan Nerazzurri musim ini.
View this post on Instagram
A post shared by Inter (@inter)
Topic Berkaitan
#inter milan
#Champions League
#sepakan sudut
#Cristian Chivu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan