awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iskandar perlu ubah sikap, jaga disiplin - Chong Wei

Bernama
Bernama
01/07/2018
12:52 MYT
Iskandar perlu ubah sikap, jaga disiplin - Chong Wei
Iskandar dikatakan sudah ditegur beberapa kali. - Gambar fail
Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menasihatkan pemain perseorangan lelaki kebangsaan, Iskandar Zulkarnain Zainuddin agar mengubah sikap dan menjadi contoh kepada pemain muda yang lain.
Chong Wei berkata Iskandar tidak boleh merokok semasa menyertai kejohanan seperti Piala Thomas, Bangkok, Thailand dan seharusnya sedar dengan kesan kelakuannya itu.
Semalam Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria memaklumkan bahawa Iskandar digugurkan daripada senarai pemain badminton ke Sukan Asia Indonesia pada Ogos ini selepas didapati merokok dan tidak hadir latihan.
"Disiplin adalah paling penting. Perkara yang saya belajar daripada Jurulatih Misbun (Datuk Misbun Sidek) ialah jaga disiplin. Jurulatih memang tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemain yang ada masalah disiplin.
Dalam hal Iskandar, perkara ini bukan sekali beliau ditegur tetapi sudah banyak kali, tetapi dia mengambil mudah teguran itu. Pada pendapat saya, jurulatih dan BAM telah melakukan keputusan yang terbaik untuk Iskandar,
"Semua orang tahu merokok akan menjejaskan kecergasan seseorang atlet. Iskandar bukan budak-budak berusia 14 tahun atau 17 tahun yang perlu dimarahi setiap hari. Beliau seharusnya memikirkan semula apa yang dia mahu dalam karier badminton," kata Chong Wei ketika diminta mengulas mengenai keputusan BAM menggugurkan nama Iskandar dalam senarai ke Sukan Asia Indonesia.
Misbun berkata beliau mahu menghantar pemain ke Sukan Asia bersih daripada masalah disiplin dan berharap Iskandar berfikiran matang dalam menentu hala tuju sebagai pemain badminton.
"Masalah pemain yang merokok adalah luar bidang kuasa saya sebagai jurulatih. Pengguguran Iskandar itu tidak melibatkan keputusan pilih kasih atau perkauman. Apabila kita sudah meletakkan mandatori kepada arahan, pemain itu perlu patuh.
Kalau saya mahu seseorang pemain, beliau perlu memberikan komitmen dalam latihan, habiskan modul latihan yang diberikan, dengar arahan dan menjadi contoh kepada pemain-pemain yang muda daripadanya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#atlet negara
#BAM
#disiplin
#Iskandar Zulkarnain Zainuddin
#Lee Chong Wei
#merokok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan