PENERJUN negara, Wendy Ng Yan Yee, berpeluang dikenakan penggantungan minimum kes doping apabila memberi kerjasama penuh ketika Jawatankuasa Perubatan dan Anti-Doping Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) mengesan punca bahan jenis sibutramine yang terkandung dalam sampel yang diberikan.
Ia bukti penting yang sudah diserahkan kepada Persekutuan Renang Antarabangsan (FINA) yang akan menentukan bentuk hukuman ke atas Yan Yee.
Kes itu dilihat hampir sama seperti atlet wusyu negara, Tai Cheau Xuen, yang turut positif sibutramine dalam Sukan Asia 2014 sebelum digantung empat bulan.
"Bukan mudah untuk mendapat amaran keras seperti yang kita fikirkan.
"Atlet perlu membuat justifikasi bahawa semua langkah sudah dibuat untuk mengelakkan kejadian itu daripada berlaku.
"Kalau ahli panel berpuas hati, barulah mereka akan memberi amaran keras.
"Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) adalah satu badan yang tegas, tidak kira apa alasan anda, ia tetap tanggunjawab atlet," kata Timbalan Pengarah Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS), Nishel Kumar.
Sepanjang tahun ini, Malaysia mencatat lima kes doping -- jumlah paling rendah selepas lapan tahun walaupun membabitkan nama besar sukan negara.
Selain Yan Yee, turut positif ialah penjaga gol hoki negara, S. Kumar, Hafifi Mansor (angkat berat), Rafi Manaf (muay thai) dan seorang pelumba basikal lebuh raya Angkatan Tentera Malaysia.
"Walaupun hanya melibatkan lima kes, ia melibatkan ramai atlet kebangsaan.
"Itulah sebabnya impak yang timbul lebih besar," katanya lagi.
Astro Arena
Fri Dec 29 2017

Yan Yee ketika beraksi dalam acara kelayakan tiga meter papan anjal di Maria Lenk Aquatics Centre pada Sukan Olimpik Rio 2016 pada 13 Ogos tahun lepas. - BERNAMA

Vaksin COVID-19: Perlu siap sedia hadapi kemungkinan 'last mile delivery'
Sesetengah negara akan mengalami situasi menerima vaksin lebih lewat daripada negara lain.

Piala FA dibatalkan, sepak mula Liga-M 2021 ditunda ke 5 Mac
MFL membuat keputusan untuk membatalkan saingan Piala FA manakala sepak mula Liga-M 2021 ditunda ke 5 Mac.

AWANI Ringkas: Anggota Polis Marin didakwa 43 pertuduhan rasuah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Kerajaan akan peroleh vaksin buatan China, Rusia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PKP 2.0, darurat, tempoh sesuai negara perangi rasuah - Hussamuddin
Rakyat Malaysia kini kebanyakan mempunyai ukuran yang tidak sepatutnya apabila disoal berkaitan halal dan haram.

Tiga lagi kakitangan Majlis Perbandaran Sibu positif COVID-19
Tiga lagi kakitangan Majlis Perbandaran Sibu (MPS) disahkan positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan dijangkiti wabak itu ialah empat orang.

Institusi Presiden UMNO perlu dihormati - Tok Mat
Ahli UMNO diminta untuk terus menghormati institusi presiden dan tidak melakukan sesuatu di luar budaya parti.

AWANI Ringkas: PKP penuh? Tunggu pengumuman | 11 kematian dua hari berturut-turut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tidak cukup dalami ilmu agama punca rasuah berleluasa - Hussamuddin
Ramai orang Islam tidak memahami konteks ajaran agama Islam sehingga sanggup melibatkan diri dengan gejala rasuah.

Gerakan banteras rasuah, gerakan semua pihak
Jelas Datuk Hussamuddin Yaacub, gerakan perangi rasuah itu perlu bermula daripada akar umbi sendiri dan digerakkan antara rakyat sesama rakyat.

Adamas jalin kerjasama dengan SPRM, KPDNHEP tangani isu doping
Pelan strategik 2021 memberi tumpuan kepada memperkukuhkan pentadbiran dengan mengambil beberapa langkah.

Atlet masih lalai penggunaan bahan terlarang dalam suplemen - ADAMAS
Atlet yang disabit kesalahan biasanya tidak tahu makanan tambahan yang diambil mengandungi bahan terlarang.

PKP tidak halang ADAMAS teruskan perjuangan isu doping
ADAMAS masih tetap gigih meneruskan usaha membendung gejala doping.

PABM pastikan atlet tidak terpalit isu doping
Pada masa ini, atlet angkat berat kebangsaan perlu melaporkan maklumat keberadaan harian mereka melalui sistem dikendalikan Adamas.

Atlet judo Perak mungkin terlepas dakwaan doping
Setakat ini, belum ada atlet negara terlepas hukuman doping kecuali bekas pemain badminton negara, Sairul Amar Ayub, pada 2006.

Dua atlet angkat berat sah guna methylhexanamine
Dua atlet angkat berat yang gagal dalam ujian doping yang dijalankan oleh Agensi Anti-Doping Malaysia pada Sukan Malaysia Perak bulan lepas, disahkan mengambil bahan terlarang methylhexanamine.

Sukan Asia: Atlet positif doping digugur serta-merta - Azim
Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata ia merupakan salah satu langkah memastikan kontinjen negara mencapai sasaran sifar kes doping pada temasya itu.

Isu doping: Yan Yee berpeluang jalani hukuman minimum
Persekutuan Renang Antarabangsan (FINA) akan menentukan bentuk hukuman ke atas penerjun negara Wendy Ng Yan Yee.

Hanya tiga kes positif doping pada 2017 - Khairy
Kes doping melibatkan atlet negara berjaya dikurangkan kepada tiga kes tahun ini berbanding 16 kes pada 2014.

Sukan SEA: WADA campur tangan isu doping
WADA mengarahkan makmal ujian doping di New Delhi, India, supaya menguji dua sampel yang mencurigakan.