awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jacky ingin nikmati baki aksi sebagai pemain BAM

Bernama
Bernama
15/10/2024
23:20 MYT
Jacky ingin nikmati baki aksi sebagai pemain BAM
Jacky Kok beraksi pada pusingan kelayakan menentang Mithun Manjunath dari India pada Kejohanan Malaysia Super 100 di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, 15 Okt 2024. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara Jacky Kok Jing Hong enggan terlalu memikirkan hala tuju selepas 'meninggalkan' Persatuan Badminton Malaysia (BAM), sebaliknya hanya ingin menikmati baki kejohanan dalam kalendar Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sebagai pemain di bawah badan induk itu.
Pemain berusia 22 tahun itu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan kejurulatihan dan penyokong yang sentiasa memberikan sokongan tidak berbelah bagi sepanjang penglibatannya di bawah naungan BAM sejak tahun 2015.
"Setakat ini saya tidak berfikir banyak dan hanya ingin menikmati perlawanan sebab masih akan beraksi di Malaysia Super 100 (15 Okt - 20 Okt) dan Masters Indonesia (29 Okt - 3 Nov) dan mewakili BAM," katanya kepada pemberita selepas menewaskan Mithun Manjunath dari India 21-16, 21-8 pada pusingan pertama Malaysia Super 100 semalam.
BAM sebelum ini mengumumkan telah melakukan rombakan pemain dengan 'melepaskan' 13 pemain termasuk Jacky berkuat kuasa hujung bulan ini.
Dalam pada itu, Jacky mengakui bermain di laman sendiri iaitu di Stadium Juara, Bukit Kiara bagi kejohanan Malaysia Super 100 membangkitkan rasa teruja dalam dirinya dan berharap dapat mempamerkan sepenuh kemampuan dan potensi dirinya dalam kejohanan itu.
Jacky seterusnya akan melakukan perhitungan menentang pemain Jepun Koo Takahashi yang juga pilihan keempat kejohanan pada pusingan kedua esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jacky Kok
#Malaysia Super 100
#BAM
#rombakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan