awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jalil Elias import termahal Liga-M sertai JDT

Sinar Harian
Sinar Harian
03/01/2024
23:30 MYT
Jalil Elias import termahal Liga-M sertai JDT
Tunku Ismail bersama Elias. - Foto Facebook Johor Southern Tigers & Johor FA/Sinar Harian
JUARA Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) pada Rabu mengumumkan secara rasmi Jalil Elias dari Syria sebagai pemain import baharu skuad Harimau Selatan.
Pengumuman itu dibuat JDT menerusi satu video yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi kelab, Johor Southern Tigers.
Video yang dimuat naik di semua platform media sosial rasmi kelab itu memaparkan Jalil dibawa ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri menaiki kereta jenis Hummer Limousine.
Sejurus tiba di SSI, Jalil disambut oleh Pengarah Sukan JDT, Martin Prest dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT, Alistair Edwards sebelum menandatangani kontrak.
Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum ini mengesahkan Elias akan menyertai Harimau Selatan bulan ini.
Baginda yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) percaya kehadiran perancang tengah berusia 27 tahun itu mampu memberikan lebih keseimbangan di jentera tengah Harimau Selatan.
Elias akan mengisi kuota import Harimau Selatan dengan beberapa pemain import musim ini dilepaskan termasuk Diogo Luis Santo dan Leandro Velazquez.
Elias atau nama sebenarnya Jalil Juan Jose Elias sebelum ini beraksi dengan beberapa pasukan dan kelab terakhir yang disertainya adalah San Lorenzo dari 2021 hingga 2023.
Beliau kini merupakan pemain termahal Liga Malaysia (Liga-M) mencecah nilai 3 juta Euro (RM15.2 juta).
Sebelum ini, nilai arkitek berbisa itu dianggarkan pada tanda harga 2.75 juta Euro (RM14.3 Juta). - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#JDT
#Jalil Elias
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
#pemain termahal Liga-M
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan