"Jangan biarkan diri jadi pasukan belasahan," itu amaran jurulatih skuad bola sepak Pilihan Malaysia, Dollah Salleh kepada anak buahnya.
Bagi Dollah, biarpun akan berdepan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) Liverpool yang penuh dengan sejarah hebatnya, ia bukan alasan untuk skuad kendaliannya yang dibarisi pemain tempatan dan import dari Liga Malaysia, menampilkan aksi lesu di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.
Sebaliknya ketua jurulatih kebangsaan yang diberi tanggungjawab mengendalikan pasukan Pilihan Malaysia pada aksi persahabatan antarabangsa itu, yakin pemainnya akan memberikan saingan sengit kepada skuad 'The Reds'.
"Yang penting saya mahukan pemain memberikan saingan kepada Liverpool dan tak nak jadi pasukan belasahan... bagi yang terbaiklah.
"Saya cuma khuatirkan tentang kerjasama berpasukan sahaja kerana pemain baru berada bersama kita selama empat hari, ada yang baru dua hari. Namun pemain memang bersemangat untuk beraksi pada malam esok," katanya selepas sesi latihan rasmi pasukan di Stadium Nasional petang ini.
Ini merupakan lawatan kedua Liverpool ke Malaysia selepas menumpaskan Harimau Malaya di bawah bimbingan Datuk K. Rajagobal 6-3 pada tahun 2011 di hadapan lebih 85,000 penonton di gelanggang yang sama.
Mengulas kemungkinan pengurus pasukan Liverpool Brendan Rodgers menurunkan barisan simpanan, Dollah berkata skuad bimbingannya tidak akan memandang ringan cabaran kelab Inggeris itu.
"Tak kira sama ada skuad simpanan atau skuad utama, Liverpool adalah Liverpool, kita tidak boleh pandang rendah keupayaan mereka," katanya.
Sementara itu, pemain sayap dari Sarawak, Joseph Kalang Tie menyimpan impian menjaringkan gol menentang 'The Reds' esok, walaupun masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan bahunya.
"Perlawanan esok merupakan peluang terbaik bagi pemain untuk menimba pengalaman yang sangat berguna sepanjang kerjaya kami. Inilah masa terbaik untuk saya belajar daripada pemain berkelas dunia.
"Kalau boleh saya ingin menjaringkan gol tetapi kalau jaringkan gol, kalah pun tak guna...Kalau jaringkan gol kemenangan itu memang indah bagi saya dan rakyat Malaysia," kata pemain berusia 28 tahun, yang juga merupakan penyokong kuat juara EPL musim lalu, Chelsea.
Kelab Merseyside itu memulakan aksi jelajah pramusim dengan mengalahkan Thai All Stars 4-0 pada 14 Julai lepas sebelum menewaskan pasukan Liga Australia, Brisbane Roar 2-1 tiga hari kemudian dan menang 2-0 ke atas Adelaide United, Isnin lepas.
Selepas aksi di Kuala Lumpur, mereka akan meneruskan jelajah ke Eropah Utara bagi perlawanan terakhir jelajah pramusim menentang HJK Helsinki pada 1 Ogos di Helsinki.
Tiket bagi perlawanan esok berharga RM58 (bagi pelajar), RM88, RM158, dan RM228 manakala tiket VIP berharga RM428 dan RM328.
Tiket boleh dibeli secara dalam talian di ticketpro.com.my, hotline +603-7880-7999, saluran Ticketpro dan New Balance and Sports Empire.
Bernama
Thu Jul 23 2015
Ketua pasukan Liverpool FC, Jordan Henderson bersama rakan sepasukannya tiba di Malaysia hari ini untuk perlawanan persahabatan menentang pasukan Harimau Malaya Jumaat ini. - Foto BERNAMA
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
Jangan 'tangkap muat' pemain warisan - Dollah
Pemilihan pemain warisan untuk menyarung jersi Harimau Malaya perlu dilakukan secara teliti supaya matlamat memperkuatkan pasukan kebangsaan tercapai.
Semangat pasukan era 70-an kembali dalam Harimau Malaya - Dollah Salleh
Katanya, aksi yang diperagakan Harimau Malaya juga membawanya mengimbau kembali ke zaman kegemilangan bola sepak tanah air pada 1970-an.
Piala Asia: Sikap terburu-buru hukum barisan negara - Dollah Salleh
Dollah Salleh menyimpulkan punca kekalahan ialah skuad Malaysia terlalu ghairah memburu gol selepas dibolosi pada minit ke-12.
Piala Asia: Dion Cools, Matthew Davies pilihan Dollah sarung lilitan kapten
Ia memerlukan seorang pertahanan yang boleh mengarahkan dan berpesan kepada rakan sepasukan, kata Dollah.
Samassa, Rowley cemerlang bantu Tok Gajah benam Negeri Sembilan
Mamadou memainkan peranan penting apabila banyak menyelamatkan gawang daripada dibolosi dan Rowley hampir menjaringkan hatrik.
Dollah Salleh terlibat nahas jalan raya
Kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu membabitkan MPV yang dinaiki tujuh orang penumpang serta dipandu oleh seorang lelaki berusia 34 tahun.
Mengenang Shebby: Tangisan, pelukan iringi perjalanan akhir legenda bola sepak
Jasad legenda bola sepak negara, Serbegeth Singh selamat disemadikan di Pusat Pembakaran Mayat di ibu kota pada petang Jumaat.
'Mulut bising' Shebby masih terngiang-ngiang di telinga Dollah
Pemergian Serbegeth Singh dikenang rakan seperjuangan, Dollah Salleh.
Isu kecederaan belenggu Sri Pahang lawan Kedah Darul Aman
Tok Gajah kehilangan khidmat Baqiuddin Shamsudin, Helmi Eliza, lebih-lebih lagi ketiadaan pengaruh Nor Azam Azih.
Pemain naturalisasi: Jangan tangkap muat lagi, kata Dollah
Jika ia demi kepentingan bola sepak negara, keputusan untuk menghentikan seketika projek itu membawa kepada pelbagai persoalan.