awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JDT harap pertemuan di Stadium Sultan Ibrahim beri kelebihan berhadapan Ulsan Hyundai FC

Bernama
Bernama
06/11/2023
13:47 MYT
JDT harap pertemuan di Stadium Sultan Ibrahim beri kelebihan berhadapan Ulsan Hyundai FC
Esteban Solari dan pemain JDT Fernando Forestieri (kanan) ketika sidang media menjelang perlawanan ACL JDT melawan Ulsan Hyundai FC di Stadium Sultan Ibrahim hari ini. - Gambar Bernama
ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) berharap bermain di tempat sendiri akan memberikan kelebihan kepada mereka, ketika berhadapan Ulsan Hyundai FC pada perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) 2023, esok.
Ketua Jurulatih JDT Esteban Solari berkata walaupun mereka akan berhadapan juara Liga K 1, pemainnya akan fokus dan tahu kepentingan perlawanan itu untuk mereka.
"Jadi kami perlu melakukan usaha yang lebih esok, dan seperti yang saya katakan pemain amat teruja dan mereka tahu...kami perlu lakukan yang lebih baik, terutamanya bagaimana kami bermain pada minit-minit awal kerana mereka pasukan yang kuat.
"Kami tahu pasukan seperti Ulsan Hyundai FC mempunyai pemain yang kuat dan mental yang bagus, jadi kami perlu hadapinya.
"Selepas perlawanan terakhir bertemu Perak FC, saya rasa kami telah lakukan persediaan yang baik untuk perlawanan ini dan semuanya mahu menunjukkan bahawa kami lawan yang kuat," katanya pada sidang media praperlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, di sini hari ini.
Ketua Jurulatih Ulsan Hyundai FC berkata mereka yang baru menjuarai Liga K1 buat kali kedua berturut-turut minggu lepas, terpaksa menangguhkan perayaan kejayaan mereka itu bagi memfokuskan kepada persediaan perlawanan menentang JDT.
"Kami telah menang Liga K 1, tetapi kami belum meraikannya lagi. Apa yang penting ialah untuk pemain menumpukan kepada perlawanan yang akan datang.
"Ini satu perlawanan yang penting untuk layak ke pusingan seterusnya. Sebelum ini ia perlawanan di tempat kami, dan ini perlawanan di sini, jadi kami perlu bersedia dengan baik untuk hari ini (latihan) dan perlawanan esok," katanya.
Pada 24 Okt, kelab Korea itu menewaskan Harimau Selatan 3-1 pada pusingan pertama Kumpulan I.
Pasukan lain dalam Kumpulan I ialah juara Liga Jepun (J-League) Kawasaki Frontale dan Juara Liga Thai BG Pathum United.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JDT
#Ulsan Hyundai FC
#kepentingan perlawanan
#ketua jurulatih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan