awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JDT jalin kerjasama dengan PSG perluas pembangunan bola sepak

Khalis Khadir
Khalis Khadir
07/01/2025
13:52 MYT
JDT jalin kerjasama dengan PSG perluas pembangunan bola sepak
Tunku Ismail yang juga Pemangku Sultan Johor turut menerima pelawaan oleh Nasser untuk melawat pusat latihan baharu PSG dan menghadiri perlawanan di stadium ikonik, Parc Des Princes. - Foto FB TMJ
KUALA LUMPUR: Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mencapai persetujuan bagi menjalin kerjasama bersama gergasi Eropah, Paris Saint-Germain (PSG).
Perkara ini diumumkan menerusi hantaran di media sosial JDT yang menyaksikan pemilik kelab, Tunku Mahkota Ismail mengadakan pertemuan dengan delegasi Paris Saint-Germain FC.
Delegasi diketuai Daniel Markham merangkap ketua kakitangan kepada Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi, menyaksikan persetujuan prinsip dicapai bagi kerjasama antara juara Ligue 1 Perancis itu dengan JDT.
"Antara aspek dibincangkan termasuk multi-club partnership dengan kelab-kelab bola sepak dimiliki Qatar Sports Investments, pembangunan bola sepak peringkat akar umbi, infrastruktur, penjenamaan serta perkongsian kepakaran dan teknologi," kata kenyataan dikongsi pada Selasa.
Tunku Ismail yang juga Pemangku Sultan Johor turut menerima pelawaan oleh Nasser untuk melawat pusat latihan baharu PSG dan menghadiri perlawanan di stadium ikonik, Parc Des Princes.
Topic Berkaitan
#JDT
#PSG
#tunku mahkota ismail
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan