awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
[KOLUMNIS] Sistem ranking universiti, di manakah kita?
MALAYSIA
Akta Keselamatan Dalam Talian 2024 dikuat kuasa selepas lengkap 10 garis panduan - Fahmi
DUNIA
Australia pertimbang masukkan YouTube dalam larangan media sosial kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPORTS

JDT lantik Luis Garcia sebagai CEO bermula 1 April

Bernama
Bernama
21/03/2025
10:15 MYT
Sponsor Banner
JDT lantik Luis Garcia sebagai CEO bermula 1 April
Pelantikan itu dilakukan berikutan penstrukturan bagi memperkuat serta memaksimumkan kepakaran dalam bidang pengurusan JDT. - Foto FB Johor Southern Tigers
JOHOR BAHRU: Kelab gergasi Liga Malaysia (Liga-M), Johor Darul Ta'zim (JDT) telah melantik pemenang Liga Juara-Juara Eropah dan bekas pemain antarabangsa Sepanyol, Luis Garcia, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bermula 1 April depan.
Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers, pelantikan itu dilakukan berikutan penstrukturan bagi memperkuat serta memaksimumkan kepakaran dalam bidang pengurusan kelab.
"Bekas pemain Liverpool, Barcelona dan Atletico Madrid itu juga memegang Lesen Pro UEFA dan Sarjana Eksekutif UEFA untuk pemain antarabangsa, sebagai tambahan kepada peranan duta yang pernah dipegangnya untuk FIFA, UEFA dan LaLiga.
"Penstrukturan semula itu juga menyaksikan Alistair Edwards kini menggalas dua peranan sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) baharu dan Pengarah Teknikal kelab.
"Jawatan tersebut pernah disandang oleh bekas legenda antarabangsa Australia dan Johor dari 2017 hingga 2022, di mana beliau mencatatkan pembangunan belia dan membentuk kejayaan Akademi JDT," menurut kenyataan tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JDT
#Luis Garcia
#dilantik CEO
#Liverpool
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami