awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JDT layak ke pusingan kelayakan akhir Liga Juara-Juara Asia

Bernama
Bernama
31/01/2017
15:44 MYT
JDT layak ke pusingan kelayakan akhir Liga Juara-Juara Asia
Cabaran sebenar menanti JDT apabila dijadual menentang kelab Liga Jepun, Gamba Osaka pada aksi pusingan kelayakan akhir di Stadium Suita City, Osaka, Jepun pada 7 Feb ini.
Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) mara ke pusingan kelayakan akhir Liga Juara-Juara Asia (ACL) selepas menang tipis 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti ke atas kelab Thailand, Bangkok United pada pusingan kedua di Stadium Thammasat, Pathum Thani, malam ini.
Perlawanan berkenaan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1, termasuk ketika masa tambahan 30 minit.
Pada aksi malam ini, kedua-dua pasukan gagal memecah kebuntuan sehingga tamat 90 minit permainan sehingga ia dilanjutkan ke masa tambahan.
Kapten JDT, Safiq Rahim membuka tirai jaringan pada minit ke-108 sebelum pemain gantian, Jaycee John Okwunwanne menjaringkan gol penyamaan pada minit-minit akhir perlawanan.
Terdahulu, JDT terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pemain importnya dari Argentina, Jeronimo Barrales dilayangkan kad merah oleh pengadil selepas mengasari pemain tuan rumah pada minit ke-110.
Cabaran sebenar menanti JDT apabila dijadual menentang kelab Liga Jepun, Gamba Osaka pada aksi pusingan kelayakan akhir di Stadium Suita City, Osaka, Jepun pada 7 Feb ini.
Sekiranya menang, skuad Harimau Selatan akan beraksi dalam Kumpulan H ACL bersama tiga pasukan lain - Adelaide United dari Australia, Jiangsu Suning (China) dan Jeju United dari Korea Selatan.
JDT akan turun semula beraksi dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sekiranya tewas kepada Gamba Osaka. -- Bernama
Topic Berkaitan
#ACL
#Bangkok United
#JDT
#Johor Darul Ta'zim
#Liga Juara-Juara Asia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan