Johor Darul Ta'zim (JDT) meraih trofi kedua musim ini selepas muncul juara Piala FA menerusi kemenangan 2-1 ke atas PKNS FC pada aksi final di Stadium Shah Alam di sini, malam ini.
Untuk rekod, JDT meraih trofi pertama, Piala Sultan Haji Ahmad Shah menerusi kemenangan penalti 7-6 ke atas juara Piala Malaysia 2015, Selangor pada perlawanan Sumbangsih di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 13 Feb lepas.
Kemenangan ke atas PKNS FC menyaksikan skuad Harimau Selatan mengulangi kejayaan sama dicipta Johor
FA (kini dikenali sebagai JDT II) yang menjulang Piala FA pada 1998.
BACA: Piala FA: Johor cuti esok sempena kejayaan JDT
Ia sekali gus mengubat kekecewaan JDT yang gagal mendakap Piala FA setelah kalah tipis 1-0 kepada Kelantan pada aksi final 2013 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Pada aksi di Shah Alam, PKNS FC mendahului seawal minit keenam apabila Gabriel Miguel Guerra menyempurnakan sepakan penalti setelah beliau dijatuhkan pertahanan JDT.
Kapten JDT, Safiq Rahim berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-16 menerusi sepakan penalti setelah Jorge Pereyra Diaz dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh penjaga gol PKNS FC, G. Jeevanathan.
Diaz kemudian menggandakan kedudukan untuk JDT pada minit ke-35 setelah memanfaatkan keadaan kelam kabut yang berlaku di dalam kawasan pintu gol PKNS FC dan keputusan 2-1 itu kekal sehingga berakhirnya babak pertama perlawanan.
Hujan lebat pada awal babak kedua tidak menjejaskan rentak JDT yang meneruskan serangan bertali arus ke kubu PKNS FC namun gagal menambah jaringan disebabkan ketangkasan Jeevanathan.
Penyerang import dari Argentina, Juan Manuel Corbelli hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-85 namun percubaan beliau daripada luar kotak penalti sekadar melintasi pintu gol sebelah kanan JDT.
Keputusan 2-1 itu kekal sehingga tiupan wisel oleh pengadil Syed Azhar Syed Kamar.
Lebih manis, Diaz turut dianugerahkan Pemain Terbaik Perlawanan Akhir.
Selaku juara, JDT membawa pulang Piala FA yang disampaikan oleh Tunku Mahkota Johor merangkap pemilik JDT.
Hadir sama menyaksikan aksi final berkenaan adalah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, Datuk Ismail Karim.
Bernama
Sat May 14 2016
JDT meraih trofi kedua musim ini selepas muncul juara Piala FA menerusi kemenangan 2-1 ke atas PKNS FC. -Foto Bernama
AWANI Ringkas: LHDN giat buru pihak culas bayar cukai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan cukai: Dua ahli politik Melaka antara yang disekat ke luar negara
Dua ahli politik di Melaka antara 10 individu yang pernah disekat ke luar negara kerana gagal melunaskan tunggakan cukai melibatkan jumlah puluhan ribu ringgit.
Scarborough Shoal: Filipina tuduh China rosakkan kapalnya
Pengawal pantai Filipina menuduh pasukan pengawal pantai China mengganggu dan merosakkan salah sebuah kapalnya di kawasan terpencil dan terumbu di Laut China Selatan, Scarborough Shoal yang menjadi pertikaian kedua buah negara.
LHDN pergiat 'buru' syarikat, individu culas bayar cukai
LHDN tidak memilih bulu dan akan mengambil tindakan sewajarnya kepada semua pihak yang mempunyai tanggungjawab terhadap pembayaran cukai.
Tak cadang lanjut tempoh laksana sistem e-invois - LHDN
Sebanyak 4,000 syarikat yang memperoleh pendapatan melebihi RM100 juta setahun disasarkan menjadi kumpulan pertama untuk terbabit dalam pelaksanaan e-invois yang dilaksanakan mulai 1 Ogos ini.
Che'gu Bard mengaku tidak salah tuduhan akta hasutan
Ahli Jawatankuas Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin aay Che'gu Bard mengaku tidak salah pertuduhan membuat penerbitan menghasut berhubung projek kasino di Forest City menerusi media sosial.
Anak KPD maut tertembak: Polis tunggu laporan forensik telefon bimbit
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, siasatan masih diteruskan termasuk mendapatkan maklumat kandungan dalam telefon bimbit mangsa.
Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan
Beliau berkata Wan Muhammad Azri ditahan di rumahnya di Setapak tengah hari tadi.
Nahas helikopter Lumut: 'Wira negara, damailah kalian di sana...'
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia.
LHDN tak cadang lanjut tempoh kuat kuasa e-invois, beri pendidikan kepada PKS
Sebanyak 4,000 syarikat yang memperoleh pendapatan melebihi RM100 juta setahun disasarkan terbabit dalam pelaksanaan e-invois yang dilaksanakan mulai 1 Ogos ini.
JDT terima sijil MBOR selepas juarai enam kali Liga Super
Sijil pengiktirafan itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi MBOR, Christopher Wong kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Datuk Ismail Karim.
JDT raih trofi kedua selepas muncul juara Piala FA
Pasukan JDT menjadi juara Piala FA mengalahkan PKNS 2-1 dalam perlawanan yang berakhir sebentar tadi.
Pembinaan stadium baharu JDT bakal bermula selepas Tahun Baru Cina
Stadium Sultan Ibrahim Larkin boleh menampung seramai 45,000 penonton pada satu masa dan dibina dengan kos kira-kira RM200 juta.
257 orang di Kota Tinggi dipindahkan
Seramai 257 orang daripada 56 keluarga dipindahkan ke lima pusat pemindahan berikutan banjir.