GEORGE TOWN: Pasukan Harimau Kumbang diharap dapat mempamerkan aksi lebih cemerlang pada saingan Liga Super 2022 musim ini sekali gus mengulangi kejayaan silam.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, meskipun berdepan kekalahan pada perlawanan pembukaan Liga Super menentang pasukan JDT baru -baru ini, namun itu bukan penamat kejayaan sebaliknya permulaan untuk terus bangkit pada perlawanan seterusnya.
Kon Yeow berkata, dengan pelancaran jersi pasukan tuan rumah yang baharu hari ini, ia diharap dapat menyuntik semangat skuad Penang FC itu untuk beraksi mencapai kedudukan membanggakan pada musim ini.
Jersi bertemakan ‘To The Highest’ direka khas syarikat Puma dengan olahan corak ombak biru kuning dengan nilai abstrak digital.
Selain itu, ia juga diilhamkan bagi meraikan ciri-ciri Pulau Pinang yang dikelilingi laut selaras dengan salah satu visi Penang2030 iaitu Penang Smart City yang memfokuskan kepada Penang Digitalisation.
Selain jersi, sebuah lagu turut digubah khas oleh salah seorang Lembaga Pengarah Penang FC bersempena pelancaran jersi baharu tersebut.
“Kita berharap pasukan Harimau Kumbang akan mencapai keputusan yang baik serta memenuhi harapan dan impian peminat-peminat yang mahukan pasukan kesayangan mereka mencapai kedudukan yang membanggakan.
“Dengan pelancaran jersi pasukan tuan rumah yang amat unik ini, moga-moga ia menjadi perangsang dan meniup semangat juang tinggi untuk pasukan negeri Pulau Pinang mengulangi kejayaan -kejayaan silam.
“Pada masa sama juga kita harap pasukan dapat terus melahirkan bintang-bintang yang dapat mewakili pasukan bola sepak negara demi memartabatkan kembali kehebatan pasukan bola sepak negara di persada antarabangsa,” kata Kon Yeow.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran jersi baru pasukan tuan rumah di Pejabat Ketua Menteri di Komtar di sini, pada Isnin.
Turut hadir Pengerusi Belia dan Sukan Negeri, Soon Lip Chee; Lembaga Pengarah Penang FC , S. Bharati; jurulatih Penang FC, Tomas Trucha serta pemain-pemain Penang FC.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Mar 07 2022
Jersi pasukan Harimau Bintang bertemakan To The Highest direka khas syarikat Puma dengan olahan corak ombak biru kuning dengan nilai abstrak digital. - Gambar Astro AWANI
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Enam kambing mati dipercayai dibaham harimau kumbang
Enam ekor kambing milik seorang penternak mati selepas dipercayai dibaham seekor harimau kumbang di sebuah kebun di Bukit Tampoi, di sini semalam.
Harimau kumbang baham anjing masuk perangkap
Seekor harimau kumbang yang sebelum ini dipercayai membaham dua ekor anjing di sebuah kebun di Kampung Chengkau Ulu di Rembau masuk perangkap.
Pengembala kambing didakwa tangkap, simpan harimau kumbang
Seorang pengembala kambing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menangkap dan menyimpan seekor harimau kumbang, Mac lepas.
Lagi harimau kumbang masuk perangkap Perhilitan
Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, harimau jantan berusia empat tahun itu dianggarkan seberat 45 kilogram.
Lagi harimau kumbang masuk perangkap
Seekor lagi harimau kumbang masuk ke dalam perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pada awal pagi Rabu di Kampung Ulu Beting di sini.
Harimau kumbang mati dilanggar MPV
Akibat pelanggaran, harimau kumbang itu sempat bergerak ke longkang berhampiran kira-kira empat meter namun mati di lokasi tersebut.
Seekor harimau kumbang ditangkap di Gerik
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Daerah Gerik, Perak telah menangkap seekor harimau kumbang dalam satu operasi di Kompleks Perikanan Darat Banding, semalam.
Gempar harimau kumbang masuk dalam rumah
Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan haiwan liar itu diserahkan kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut.
'Mek Belebar' kembali ke habitat asal
Harimau kumbang terbabit telah selamat dipindahkan ke habitat yang sesuai pada hari yang sama operasi tangkapan dijalankan.
Beruang matahari, harimau kumbang dilepaskan ke habitat asal
Operasi translokasi dilakukan dalam usaha menyelamatkan haiwan terlindung berkenaan.