PELUMBA Astana Qazaqstan Team, Gleb Syritsa melaungkan amaran awal apabila memenangi perlumbaan Peringkat 1 Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 yang berakhir di Menara Berkembar Petronas (KLCC) pada Selasa.
Pada perlumbaan sejauh 157.3 kilometer (km) yang bermula dari Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu, Syritsa mencatatkan masa 3 jam 43.43 saat (s), sekali gus menyambar gelaran sulungnya di pentas LTdL.
Tempat kedua Peringkat 1 itu dimenangi pelumba Uno-X Pro Cycling, Erlend Blikra, manakala pelumba Movistar Team, Max Kanter menduduki tempat ketiga apabila mereka turut merakamkan masa 3:43.43s.
“Saya berasa amat gembira apabila dapat memenangi perlumbaan hari ini. Sudah tentu saya cukup teruja apabila dapat memenangi perlumbaan buat kali pertama di sini (LTdL).
“Kemenangan ini menambahkan lagi semangat saya bagi menghadapi perlumbaan esok. Saya harap dapat mengekalkan Jersi Kuning ini sebagai pendahulu pada perlumbaan esok,” kata Syritsa sejurus tamat perlumbaan.
Mengulas perlumbaan Peringkat 1 itu, Syritsa berkata, dia berusaha mengekalkan momentum kayuhan sejak awal untuk berada dalam kelompok di hadapan.
“Saya juga harus berterima kasih kepada rakan-rakan sepasukan yang banyak membantu pada perlumbaan hari ini sehingga membolehkan saya meraih kemenangan,” jelasnya yang turut menyarung Jersi Hijau selaku Raja Pecut.
Sementara itu, pelumba Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Jambaijamts Sainbayar menyambar Jersi Putih (pelumba terbaik Asia) dan Jersi Merah (Raja Bukit) selepas berakhirnya Peringkat 1.
Pelumba kelahiran Mongolia itu menampilkan kayuhan bertenaga apabila mengumpul 15 mata, manakala rakan sepasukannya yang juga pelumba tempatan, Muhammad Nur Aiman Zariff turut cemerlang apabila berada di tangga kedua dengan 11 mata di zon pendakian.
Peringkat 2 pada Rabu dijadualkan berlangsung dari Kuala Klawang ke Raub yang membabitkan laluan sejauh 178.9km dan menyediakan dua zon pendakian di Petaseh (kilometer 8.2) dan Bukit Damar (kilometer 122.8).
Selain dua zon pendakian, Peringkat 2 itu turut mempunyai tiga zon pecutan iaitu di Simpang Durian (kilometer 42.7), Karak (kilometer 96.8) dan Mempaga (kilometer 144.1).
Keputusan Peringkat 1 Petronas LTdL 2022
10 Pelumba Terbaik:
1. Gleb Syritsa (Rusia) Astana Qazaqstan Team 3 jam 43 minit 33 saat
2. Erlend Blikra (Norway) Uno-X Pro Cycling Team 3:43.37saat (s)
3. Jambaljamts Sainbayar (Mongolia) Terengganu Polygon Cycling Team 3:43.37s
4. Peerapol Chawchiangkwang (Thailand) Thailand Continental Cycling Team 3:43.37s
5. Max Kanter (Jerman) Movistar Team 3:43.39s
6. Lionel Taminiaux (Belanda) Alpecin-Deceuninck 3:43.43s
7. Marijin Van Den Berg (Belanda) EF Education - Easypost 3:43.43s
8. Reinardt Janse Van Rensburg (Rusia) Lotto Soudal 3:43.43s
9. Ryan Gibbons (Rusia) UAE Team Emirates 3:43.43s
10. Manuel Penalver Aniorte (Sepanyol) Burgos-BH 3:43.43s
Pendahulu keseluruhan (Jersi Kuning)
1. Gleb Syritsa (Astana Qazaqstan Team) 3:43.33s
2. Erlend Blikra (Uno-X Pro Cycling Team) 3:43.37s
3. Jambaijamts Sainbayar (Terengganu Polygon Cycling Team) 3:43.37s
Pelumba Terbaik Asia (Jersi Putih)
1. Jambaijamts Sainbayar (Terengganu Polygon Cycling Team) 3:43.37s
2. Peerapol Chawchiangkwang (Thailand Continental Cycling Team) 3:43.37s
3. Sarawut Sirironnachai (Thailand Continental Cycling Team) 3:43.43s
Raja Pecut (Jersi Hijau)
1. Gleb Syritsa (Astana Qazaqstan Team) 15 mata
2. Erlend Blikra (Uno-X Pro Cycling Team) 12 mata
3. Max Kanter (Movistar Team) 9 mata
Raja Bukit (Jersi Merah)
1. Jambaijamts Sainbayar (Terengganu Polygon Cycling Team) 15 mata
2. Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff (Terengganu Polygon Cycling Team) 11 mata
3. Peerapol Chawchiangkwang (Thailand Continental Cycling Team) 7 mata
Pasukan pendahulu keseluruhan
1. Movistar Team - 11:11.09s
2. Uno-X Pro Cycling Team - 11:11.09s
3. Alpecin-Deceuninck - 11:11.09s
Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Oct 11 2022
Syritsa meraikan kemenangan selepas melepasi garisan penamat perlumbaan Peringkat 1 LTdL 2022 sejauh 157.3 kilometer dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan ke Kuala Lumpur pada Selasa. - Foto Facebook/Le Tour de Langkawi
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
KBS sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri anjur LTdL tahun depan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi penganjuran kejohanan berbasikal lebuh raya Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan.
LTdL tahun hadapan akan lebih 'menyengat'
Dua pendakian berturut-turut yang diperkenalkan pada edisi tahun ini akan diteruskan setelah format itu berjaya meninggalkan impak serta kejutan.
Poole juara keseluruhan LTdL 2024
Pelumba Britain Max Poole muncul Juara Keseluruhan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 biarpun menamatkan saingan di tempat ke-35 pada peringkat terakhir.
KBS mahu kerajaan negeri tampil lebih serius dalam penganjuran LTDL
Kementerian Belia dan Sukan berharap kerajaan negeri tampil lebih serius dalam penganjuran perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) pada masa akan datang.
LTdL 2024: Mamat terkedu tersingkir dari saingan
Mohd Harrif terpaksa akur dengan ketetapan itu selepas menjadi antara 18 pelumba tidak menamatkan perlumbaan dalam had masa ditetapkan.
LTdL 2024: Beberapa jalan di Ipoh ditutup, dilencong esok
Penutupan dan lencongan jalan akan bermula pada Selasa jam 12 tengah hari hingga 2 petang.
LTdL 2024: Dataran Lang jadi saksi kemeriahan majlis pengenalan 22 pasukan
Kali terakhir Langkawi menjadi tuan rumah majlis simbolik sebelum perlumbaan bermula secara rasmi itu adalah pada 2018.
LTdL: Beberapa jalan di Negeri Sembilan, Pulau Pinang ditutup
Beberapa laluan di daerah Nilai, Seremban dan Rembau ditutup secara berperingkat susulan perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024.
Tiada istilah 'kuda tua', Mamat buat penampilan ke-15 LTdL
Pelumba berpengalaman negara, Mamat masih menggalas cabaran Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) pada jelajah lumba basikal LTdL 2024 yang akan membuka tirai pada 29 Sept hingga 6 Okt ini.
Tiga pasukan pro rombak barisan pelumba hadapi LTdL 2024
Kern Pharma yang berpengkalan di Sepanyol melakukan enam pertukaran pelumba dengan mempertaruh Miguel Angel Fernandez sebagai pelumba pecut utama.