awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Joko Widodo zahir rasa kecewa terhadap keputusan FIFA

Bernama
Bernama
30/03/2023
13:26 MYT
Joko Widodo zahir rasa kecewa terhadap keputusan FIFA
Jokowi berkata keputusan itu turut mengecewakan seluruh rakyatnya namun mahu mereka segera melupakannya dan tidak saling menunding jari menyalahkan sesiapa. - Gambar fail/ YouTube Sekretariat Presiden
JAKARTA: Presiden Joko Widodo menzahirkan rasa sedih atas keputusan Federasi Sepak Bola Antarabangsa (FIFA) membatalkan penganjuran Piala Dunia Bawah 20 tahun 2023 di Indonesia.
Beliau berkata keputusan itu turut mengecewakan seluruh rakyatnya namun mahu mereka segera melupakannya dan tidak saling menunding jari menyalahkan sesiapa.
"Kita harus menghormati dan menerima keputusan itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir juga digesa mengelakkan negaranya dikenakan tindakan tatatertib dan mencuba untuk menjadi hos bagi kejohanan FIFA yang lain.
FIFA pada Rabu menarik balik hak menganjur Piala Dunia Bawah 20 tahun daripada Indonesia selepas beberapa ahli politik negara itu membantah penyertaan pasukan Israel.
Menurut persekutuan itu, tindakan tatatertib terhadap PSSI mungkin diputuskan tidak lama lagi.
BACA: FIFA gugurkan Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia Bawah 20 Tahun
Indonesia dipilih sebagai penganjur pertandingan edisi 2023 pada Oktober 2019 sedangkan pasukan Israel melayakan diri ke kejohanan itu pada Julai 2022.
Kejohanan Piala Dunia B-20 dijadualkan bermula dari 20 Mei hingga 11 Jun membabitkan 24 negara dan berlangsung di enam lokasi iaitu Bali, Bandung, Jakarta, Palembang, Solo dan Surabaya.
-- BERNAMA
Rakyat Indonesia kecewa dengan keputusan FIFA membatalkan hak penganjuran
Topic Berkaitan
#FIFA
#Israel
#Joko Widodo
#Piala Dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan