JORGINHO bermimpi untuk memenangi Piala Dunia bersama Itali sambil merendahkan potensi buat dirinya memenangi Ballon d'Or.
Pemain tengah Chelsea itu menikmati kejayaan bersama kelab dan negara selepas memenangi Liga Juara-Juara (UCL) bersama skuad kendalian Thomas Tuchel dan Euro 2020 bersama Itali, menjadi pemain ke-10 yang mencapai kejuaraan berganda itu pada tahun yang sama.
Persembahannya sepanjang kedua-dua pertandingan itu menyaksika dia dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Lelaki UEFA Ogos lalu selepas tiga senarai pendek bagi anugerah itu terdiri secara eksklusif daripada pemain tengah buat kali pertama dalam 11 tahun.
Dengan Piala Dunia 2022 di Qatar dalam sasarannya, Jorginho menyifatkan memenangi kejohanan itu sebagai cita-cita sepanjang hayatnya sambil tidak pasti siapa yang akan merangkul Ballon d'Or.
"Saya tidak tahu secara jujurnya. Jika anda tidak bermimpi lagi, anda boleh berhenti bermain bola sepak," kata Jorginho berkata kepada Sky Sport Italia.
"Impian saya adalah untuk memenangi perlawanan seterusnya. Kemudian saya mengimpikan Piala Dunia, kanak-kanak mana yang tidak pernah mengimpikannya?
"Saya tidak pernah membayangkan saya akan sampai sejauh ini, tetapi saya bermimpi dan semua yang saya lakukan adalah untuk mengejar impian saya, kini saya menjalaninya dan saya bangga.
"Saya gembira untuk memberikan kebanggaan keluarga saya. Dan satu lagi impian boleh menjadi kenyataan pada musim sejuk 2022."
Astro Arena
Wed Oct 27 2021
Jorginho menjaringkan gol kedua pasukannya ketika perlawanan UCL antara kumpulan H antara Chelsea dan Malmo di Stadium Stamford Bridge, London, 20 Okt, 2021. (Gambar fail/AP)
Projek Jana Wibawa: PMO syor lima syarikat termasuk Nepturis - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu PMO telah mengesyorkan lima syarikat termasuk Nepturis Sdn Bhd untuk dinilai bagi pelaksanaan projek di bawah Program Jana Wibawa.
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Jorginho impi julang Piala Dunia bersama Itali
Dia menikmati kejayaan bersama kelab dan negara selepas memenangi UCL bersama skuad kendalian Thomas Tuchel dan Euro 2020 bersama Itali.
Jorginho dinobat Pemain Terbaik UEFA
Ini adalah pertama kalinya dalam sejarah 11 tahun anugerah itu bahawa tiga teratas terdiri daripada pemain tengah.
Euro 2020: Azpilicueta label Insigne, Jorginho ancaman terbesar buat Sepanyol
Itali akan turun dalam perlawanan di Wembley itu sebagai pasukan dengan prestasi terbaik di Eropah.
Kenapa Itali gagal ke Piala Dunia?
Ini tiga sebab utama Itali gagal ke Piala Dunia pertama kali sejak 1958.