awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jun Hao, dua beregu mara pusingan kedua Badminton Terbuka Singapura 2024

Bernama
Bernama
28/05/2024
09:04 MYT
Jun Hao, dua beregu mara pusingan kedua  Badminton Terbuka Singapura 2024
Jun Hao mudah menewaskan Kanta Tsuneyama dari Jepun, 21-13 dan 21-16. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pemain badminton perseorangan lelaki Leong Jun Hao dan dua beregu negara tidak berdepan masalah ke pusingan kedua Terbuka Singapura 2024 selepas menewaskan lawan masing-masing di Stadium Dalam Dewan Singapura hari ini.
Dua beregu berkenaan ialah beregu lelaki Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.
Pada pusingan pertama hari ini, Sze Fei dan Nur Izzuddin hanya memerlukan 46 minit untuk menumpaskan Lu Ching Yao-Yang Po Han dari Taiwan, 21-18 dan 21-13.
Sze Fei-Nur Izzuddin seterusnya akan bertemu pasangan China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi yang juga pilihan kelapan kejohanan pada Khamis dan mengikut rekod pertemuan sebelum ini mereka mempunyai peluang 50-50 apabila pernah menewaskan Xuan Yi-Yu Chen dua kali di Terbuka Jerman 2022 dan Terbuka Malaysia 2022.
Namun pasangan ranking ke-14 dunia itu pernah ditunjukkan jalan keluar sebanyak dua kali oleh Xuan Yi-Yu Chen di Terbuka Jepun 2023 dan Terbuka India 2024 sepanjang empat pertemuan sebelum ini.
Sementara itu, Chen Tang Jie- Toh Ee Wei yang menewaskan rakan senegara Hoo Pang Ron- Cheng Su Yin 21-15 dan 21-17 akan bertemu Mathias Christiansen-Alexandra Boje dari Denmark pada pusingan kedua.
Tang Jie-Ee Wei, ranking kesembilan dunia pernah menewaskan Mathias-Alexandra sekali di Piala Sudirman 2023, 15-21, 21-14 dan 21-7.
Jun Hao pula mudah menewaskan Kanta Tsuneyama dari Jepun, 21-13 dan 21-16 dan akan bertemu sama ada rakan senegara, Lee Zii Jia atau pilihan ketujuh kejohanan Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia yang akan melakukan perhitungan pusingan pertama esok.
Mengikut rekod pertemuan sebelum ini, Jun Hao dijangka berdepan laluan berliku sekiranya bertemu mana-mana lawan dengan pertemuan kali terakhir menentang Anthony Sinisuka menyaksikan beliau dikalahkan 15-21 dan 17-21 di Masters Indonesia 2024.
Manakala, beliau terpaksa menarik diri ketika ketinggalan 7-11 pada set penentuan Terbuka Artik 2023 semasa bertemu Zii Jia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Badminton Terbuka Singapura
#Leong Jun Hao
#Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani
#Chen Tang Jie-Toh Ee Wei
#MARA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan