KUALA LUMPUR: Selepas mengharungi tujuh aksi persahabatan antarabangsa tanpa tewas, kekalahan Malaysia kepada Tajikistan pada final Pestabola Merdeka 2023 dilihat tepat pada masanya dan `membuka mata' skuad kebangsaan.
Kekalahan itu juga dianggap mampu memberi pengajaran penting menjelang tugasan lebih mencabar skuad Harimau Malaya pada kempen pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 bulan depan, sebelum beraksi pada Piala Asia 2023 di Qatar, Januari tahun depan.
Bekas pengendali skuad kebangsaan Datuk Ong Kim Swee berkata kekalahan di tangan Tajikistan di laman sendiri akan memperlihatkan segala kelemahan yang perlu diperbaiki terutama apabila Malaysia bakal berdepan lawan yang hampir serupa pada pusingan kelayakan Piala Dunia/ Piala Asia nanti.
"Bagi saya (kekalahan itu) positif berlaku sebelum kita bermain dengan Kyrgyzstan (aksi sulung Kumpulan D pusingan kelayakan) bulan depan. Tajikistan dan Kyrgyzstan tak banyak beza, mempunyai corak permainan yang lebih kurang sama dan mempunyai mentaliti yang sama.
"Apabila tewas dengan Tajikistan, perlu pastikan kita tak boleh ambil mudah dengan Kyrgyzstan di mana kalau kita tetap leka mungkin kita akan dihukum sama seperti sebelum ini," kata Ketua Jurulatih Sabah FC itu ketika dihubungi Bernama hari ini.
Kim Swee berkata Malaysia dan Tajikistan menunjukkan keazaman dan keinginan yang sama untuk mencapai kemenangan pada final itu, namun dari segi taktikal Tajikistan lebih matang dan pasukan itu tahu bila harus menyerang dan bertahan.
"Bagi saya tiada banyak kelemahan yang saya dapati kecuali dari segi serangan yang tumpul dan beberapa kesilapan yang sentiasa berlaku menyebabkan kita dibolosi," katanya yang turut menyifatkan Tajikistan mempunyai kelebihan apabila hanya bermain pada final selepas Palestin menarik diri.
Senada dengan Kim Swee adalah bekas pemain kebangsaan Rezal Zambery Yahya yang menganggap kekalahan itu dapat memberi kesedaran, selain peluang untuk memperbaiki kelemahan termasuk kecenderungan melakukan kesilapan mudah dalam perlawanan berintensiti tinggi.
Bekas pengendali Kelantan FC itu berkata pasukan negara akan berdepan pasukan handalan yang mempunyai persediaan rapi dan dibarisi pemain terbaik pada Piala Asia nanti.
"Jadi kita tak boleh buat kesilapan mudah yang akhirnya menghukum pasukan, skuad kita sudah tampil dengan prestasi yang lebih bagus tetapi kesilapan mudah perlu diberi perhatian, supaya kita tak kecewa macam kelmarin," katanya.
Rezal Zambery berkata kelekaan bahagian pertahanan telah menghukum keseluruhan pasukan biarpun skuad kendalian Kim Pan Gon itu tampil lebih dominan berbanding Tajikistan, terutama pada separuh masa kedua.
Pada final di Stadium Nasional di Bukit Jalil itu, menyaksikan kemenangan 2-0 Tajikistan untuk merangkul kejuaraan sulung Pestabola Merdeka dan menafikan peluang Malaysia daripada meraih gelaran ke-13.
Kekalahan itu juga menamatkan rekod tanpa kalah Malaysia, yang melakar lima kemenangan dan dua seri dalam tujuh perlawanan terakhir sejak tewas kepada Thailand 0-3 pada separuh akhir kedua Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022, Januari lepas.
Kelemahan ketara pasukan negara pada final itu ialah di benteng pertahanan, terutama di bahagian tengah selain ketumpulan jentera serangan di depan gawang, sekali gus menjadi pemisah kedua-dua pasukan pada pertembungan itu.
Kesilapan sewaktu bertahan membolehkan Tajikistan yang dibimbing Petar Segrt mencipta dua jaringan dari arah sama, sementara jentera serangan negara bukan sahaja gagal menyempurnakan peluang terhidang, malah buntu dalam meleraikan kekebalan pertahanan lawan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 19 2023
Pada final di Stadium Nasional di Bukit Jalil, menyaksikan kemenangan 2-0 Tajikistan untuk merangkul kejuaraan sulung Pestabola Merdeka dan menafikan peluang Malaysia daripada meraih gelaran ke-13. - Gambar fail/Bernama
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.