awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kalau gol, nak sorak yang mana? - Anwar Ibrahim

Astro Arena
Astro Arena
09/04/2025
00:30 MYT
Kalau gol, nak sorak yang mana? - Anwar Ibrahim
Anwar menulis komen di media sosial menyatakan sokongan terhadap kedua-dua Manchester United dan ASEAN All Star, sambil berseloroh dengan gurauan yang mencuit hati. - Foto Astro ARENA
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberi bayangan tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan pramusim membabitkan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United, menentang ASEAN All Star di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), 28 Mei depan.
The Red Devils akan menentang ASEAN All Star di SNBJ pada pada 28 Mei ini sebelum ke Hong Kong bagi melengkapkan Jelajah Asia dua hari kemudian.
Buat pertama kali selepas 16 tahun, juara Piala FA Inggeris itu akan bertandang semula ke Malaysia bagi menemui peminat rantau Asia Tenggara dan menyaksikan pemain terkemuka dunia beraksi berdepan pasukan pilihan.
Sebelum ini, difahamkan satu pasukan yang merangkumi pemain terbaik seluruh Asia Tenggara (ASEAN) bakal bergabung membentuk skuad terhebat menentang skuad kendalian Ruben Amorim itu.
Barisan Bintang ASEAN masih belum dikenal pasti siapakah yang akan mewakili pasukan itu.
Menerusi hantaran laman Instagram rasmi Man United, kelihatan komen Ketua Kerajaan Malaysia juga menyatakan sokongan terhadap kedua-dua pasukan sambil berseloroh dengan gurauan yang mencuit hati.
From Manchester to the world United will embark on a post-season tour to Kuala Lumpur and Hong Kong #MUFC || #MUTOUR25
— Manchester United (@ManUtd) April 8, 2025
"Saya sokong ASEAN, tapi saja juga penyokong Man United.
"Kalau gol, nak sorak yang mana?" katanya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Manchester United
#Stadium Nasional Bukit Jalil
#ASEAN All Star
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan