Bekas pemain boling negara, Hee Kar Yen membuktikan beliau masih berbisa apabila meraih pingat emas pada Kejohanan Boling Antara Negeri ke-31 di Pyramid Mega Lanes, Bandar Sunway di sini pada Isnin.
Pemain berusia 28 tahun itu berada pada prestasi terbaik selepas enam permainan dengan jumlah keseluruhan 1,344 jatuhan pin, atau purata 224 mata.
"Saya gembira masih mampu bermain dengan baik kerana saya hanya mula beraksi semula awal tahun ini. Keadaan lorong berminyak hari ini sesuai dengan saya dan ia membantu saya meraih keputusan yang bagus," kata Kar Yen, yang bersara daripada skuad negara pada 2016 untuk menceburi perniagaan atas talian.
Sementara itu, atlet Sarawak Nirosha Keligit dan pemain Selangor Qistina Zainal, masing-masing melakukan 1,283 dan 1,241 jatuhan pin untuk meraih pingat perak dan gangsa.
Kar Yen, yang kali terakhir mewakili Malaysia pada Sukan Asia 2014 di Incheon, berharap beliau dapat mencatat keputusan lebih baik pada Kejohanan Kebangsaan.
"Saya tidak meletakkan sasaran tinggi hanya beraksi seperti biasa," kata Kar Yen, yang kini bermain boling secara sambilan.
Dalam kategori lelaki, pemain Sarawak Abg Afiq Yazid Abg Azman, yang mencatat purata 232 mata, meraih pingat emas dengan keseluruhan 1,392 jatuhan pin.
Pemain Negeri Sembilan Mohd Fadli Ramli pula memenangi pingat perak, ketinggalan dengan 114 pin, manakala bekas pemain negara Azidi Ameran dari Selangor dan pemain Perlis Mohd Aiman Faris Mahidi berkongsi gangsa selepas masing-masing mengumpul 1,221 jatuhan pin.
Sementara itu pemain boling remaja negara, Puteri Nurul Dini Mohd Faudzi begitu gembira apabila memenangi pingat emas individu pertamanya pada kejohanan berkenaan.
"Saya menyertai kejohanan ini (Kejohanan Antara Negeri) sejak 2015 dan ini pencapaian terbaik saya. Walaupun tanpa penyertaan beberapa pemain remaja negara (yang terpilih mewakili Malaysia pada Kejohanan Remaja Dunia dari 24 Julai-3 Ogos), kejohanan ini tetap sengit," kata pemain berusia 19 tahun itu yang mula berkecimpung dalam sukan boling pada 2008.
Puteri Nurul Dini menyumbangkan pingat emas kepada Negeri Sembilan selepas melakukan catatan 211, 202, 185, 187, 214 dan 218 untuk jumlah keseluruhan 1,217 jatuhan pin.
Mengekori rapat di tempat kedua dengan ketinggalan 31 pin adalah Najwa Nazirah Mohd Amir dari Kuala Lumpur yang melakukan 1,186 jatuhan pin, manakala pingat gangsa dimenangi Nurul Alyssa Junaidi dari Sabah dengan 1,173 jatuhan pin.
Dalam kategori remaja lelaki, Mohd Azizi Naim Jabar dari Selangor mengekalkan pingat emas buat kali kedua berturut-turut selepas mencatat 1,278 jatuhan pin.
"Sasaran saya untuk memenangi tiga pingat emas (individu, double dan berpasukan). Saya berharap dapat melakukannya walaupun kejohanan ini benar-benar sengit terutama daripada pendatang baharu," kata pelajar tahun akhir Politeknik Shah Alam itu.
Sushanor Sihanor dari Sabah dan pemain Negeri Sembilan Wan Syahmi Razin yang melakukan 1,269 dan 1,257 jatuhan pin, masing-masing memenangi pingat perak dan gangsa.
Acara double yang akan berlangsung esok, menawarkan empat pingat emas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 09 2018
Pemain berusia 28 tahun itu memperoleh jumlah keseluruhan 1,344 jatuhan pin, atau purata 224 mata. - Foto BERNAMA
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Batu Kawa berpotensi dibangunkan seperti Bandar Sunway - Abang Johari
Kawasan Batu Kawa yang terletak kurang 10 kilometer dari Kuching berpotensi untuk dibangunkan seperti Bandar Sunway di Lembah Klang.
Polis siasat 'drama' pasangan kekasih warga asing tepi kolam
Polis siasat 'drama' pasangan kekasih warga asing tepi kolam
Lelaki warga Yaman ditahan cabul dua remaja perempuan
Mangsa masing-masing berusia 17 dan 18 tahun mendakwa dicabul suspek yang berusia 20 tahun dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri.
Kes tembak di Bandar Sunway, jangan buat spekulasi - Polis
Orang ramai yang ada maklumat berkaitan kejadian itu diminta untuk tampil memberikan kerjasama kepada polis.
Tawar khidmat seks di rumah sewa, 2 wanita Sri Lanka dicekup
Berselindung di sebalik rumah sewa di Bandar Sunway, di sini dengan dipercayai menawarkan khidmat seks kepada warga asing terbongkar selepas diserbu pada Rabu.
Polis Subang Jaya buru lelaki langgar MPV polis hingga rosak
Polis sedang memburu seorang suspek lelaki yang memandu sebuah kereta secara melulu dan melanggar kereta peronda (MPV) polis Ibu Pejabat Polis Subang Jaya di Subang Jaya, malam tadi.
PKPD di lapan lokaliti libatkan Sabah dan Kelantan mulai 13 Julai
Kerajaan hari ini mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tujuh lokaliti di Sabah dan satu di Kelantan mulai 13 sehingga 26 Julai.
Kar Yen buat kemunculan semula raih emas
Bekas pemain boling negara, Hee Kar Yen membuktikan beliau masih berbisa apabila meraih pingat emas pada Kejohanan Boling Antara Negeri.
Seorang lagi suspek kes samun ditembak mati
Suspek dipercayai merupakan rakan kepada salah seorang yang juga ditembak mati polis di Taman Connaught, Cheras pukul 10.30 malam semalam.
Lelaki berpakaian wanita mencuri di surau dipenjara lapan bulan
Seorang penganggur lelaki yang berpakaian wanita untuk mencuri di surau sebuah pusat beli-belah, yang menjadi tular minggu lalu, dihukum penjara lapan bulan.