KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedia membantu seorang murid, Muhammad Aqil Naufal Zahiran yang tular baru-baru ini selepas beliau berusaha keras menamatkan larian 100 meter (m) di satu Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas dengan menggunakan tongkat.
Menyanjungi usaha murid 11 tahun itu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh memberi komitmen akan berusaha melakukan yang terbaik di pihak KBS untuk membantu Muhammad Aqil, termasuk dalam menyertai lebih banyak aktiviti sukan pada masa akan datang.
Malah, menurutnya, KBS melalui Institut Sukan Negara (ISN) telah membuat persiapan untuk bertemu dengan pakar prostetik minggu ini bersama keluarga Muhammad Aqil.
"Saya telah melihat usaha adik Muhammad Aqil menamatkan lariannya. Ini adalah mentaliti seorang juara. Tiada alasan untuk tidak bertanding. Tiada alasan untuk tidak bersaing dalam perlumbaannya dan beliau telah membuktikannya dan melakukan yang terbaik dengan keadaannya.
"Adik Muhammad Aqil mempunyai pemikiran seorang juara. Ini adalah mentaliti yang diperlukan, seperti yang diterapkan dalam inisiatif Road to Gold. Saya menghargai usaha dan menyanjungi adik Muhammad Aqil," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Muhammad Aqil yang merupakan murid Program Pendidikan Inklusif Penuh di sebuah sekolah rendah di Pahang itu kehilangan kaki kirinya akibat jangkitan kuman pada 2015.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 30 2023
Hannah berkata, KBS melalui ISN telah membuat persiapan untuk bertemu dengan pakar prostetik minggu ini bersama keluarga Muhammad Aqil. - Gambar fail/Hannah KBS
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
KBS bantu Muhammad Aqil bertemu pakar prostetik - Hannah
KBS melalui Institut Sukan Negara (ISN) telah membuat persiapan untuk bertemu dengan pakar prostetik minggu ini bersama keluarga Muhammad Aqil.