awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS harap ramai atlet OKU sertai Olimpik Khas Dunia

Bernama
Bernama
11/06/2023
21:00 MYT
KBS harap ramai atlet OKU sertai Olimpik Khas Dunia
Hannah berkata, KBS kini sedang giat menjalankan pencarian bakat atlet OKU, untuk memastikan Malaysia dapat menghantar lebih banyak penyertaan ke temasya sukan berprestij itu. - Gambar fail/Bernama
PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menaruh harapan lebih ramai atlet orang kurang upaya (OKU), dapat melibatkan diri secara aktif untuk terpilih membawa cabaran negara ke Sukan Olimpik Khas Dunia akan datang.
Bagi tujuan tersebut, beliau berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kini sedang giat menjalankan pencarian bakat atlet OKU, untuk memastikan Malaysia dapat menghantar lebih banyak penyertaan ke temasya sukan berprestij itu.
"Saya dan Majlis Sukan Negara (MSN) akan melihat apa lagi bantuan, sokongan yang kementerian boleh beri kepada jurulatih khususnya kerana bukan mudah untuk melatih mereka (atlet OKU)," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada atlet ke Sukan Olimpik Khas Dunia 2023 di sini pada Ahad.
Terdahulu, Hannah mengumumkan seramai 16 atlet OKU bakal membawa cabaran negara ke Sukan Olimpik Khas Dunia di Berlin, Jerman yang akan berlangsung dari 17 hingga 25 Jun ini.
Sukan Olimpik Khas Dunia merupakan temasya sukan khusus bagi OKU yang mempertandingkan 26 acara termasuk badminton, olahraga, boling dan berbasikal.
Mengulas lanjut, Hannah berkata MSN sebelum ini menyalurkan dana sebanyak RM160,000, sebagai persediaan kontinjen negara ke Berlin.
Dalam pekembangan lain, beliau berkata MSN dan KBS sudah menyiapkan kertas kerja untuk penganjuran perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, yang dijangka diadakan September ini.
"Tahun ini sedikit unik kerana bajet baharu sahaja diserahkan pada April (kerana Belanjawan 2023 dibentangkan pada Februari lepas) dan sebagainya. Tapi MSN masih sedia untuk mempersiapkan perlumbaan itu, dan kami sedang berusaha ke arah itu," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2023
#Jalur Gemilang
#Majlis Sukan Negara
#OKU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan