awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS kecam insiden pergaduhan penyokong bola sepak di stesen LRT

Bernama
Bernama
22/12/2024
01:00 MYT
KBS kecam insiden pergaduhan penyokong bola sepak di stesen LRT
Tangkap layar menunjukkan kumpulan penyokong bola sepak bergaduh di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan, pada Jumaat. - Foto tular media sosial/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengecam tindakan sekumpulan penyokong bola sepak yang mencetuskan pergaduhan di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar Tasik Selatan, laluan Ampang-Sri Petaling pada Jumaat lepas.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata menang atau kalah adalah adat pertandingan, namun tidak bermakna boleh bertindak sewenang-wenangnya hingga menyebabkan kerosakan aset kerajaan dan harta benda awam.
"Jadi kalau mereka lihat ...ini aset Prasarana (Prasarana Malaysia Berhad) tak payah jaga, sangat mengarut. Saya berharap tak ada lagi perkara seperti ini akan berlaku.
"Kemudahan Prasarana selalunya mereka panjangkan masa perkhidmatan untuk menyenangkan penyokong bola sepak, jadi kita kena balas dengan adab," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Hadiah Liga Bolasepak Wanita Nasional (LWN) 2024 di Stadium Merdeka di sini malam tadi.
Prasarana semalam memaklumkan pihaknya telah membuat laporan polis berhubung insiden pergaduhan tersebut di Balai Polis Sungai Besi.
Insiden yang berlaku pada 12 tengah malam itu dilaporkan telah mengakibatkan kerosakan pada kemudahan di stesen termasuk bahagian pintu dan cermin tingkap tren yang berada di platform berkenaan namun tiada kecederaan.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Aidil Bolhassan pula mengesahkan kejadian tersebut melibatkan antara 20 hingga 30 orang yang bertindak agresif dengan bertumbuk, membaling tong sampah dan menendang pintu tren hingga menyebabkan kerosakan.
Beliau berkata setakat ini tiada tangkapan dibuat dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 147 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Hannah menghormati kesungguhan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang sentiasa berusaha memajukan arena bola sepak tanah air ke satu tahap lebih gemilang.
"Saya tahu semua orang teruja dengan rancangan baharu pada 2025. Saya bekerja rapat dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
"Semua ini saya biarkan FAM uruskan. Untuk kerajaan kita bagi dana, kita bagi sokongan tetapi kita juga nak tengok prestasi dan ada KPI-nya lah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penyokong bola sepak
#LRT
#Hannah Yeoh
#gaduh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan