awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS sedia langkah susulan selepas keputusan rayuan FAM esok

Bernama
Bernama
29/10/2025
13:00 MYT
KBS sedia langkah susulan selepas keputusan rayuan FAM esok
Hannah ketika sidang media sempena gimik memulakan kerja naik taraf dan baik pulih Stadium Raja Muda hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengambil langkah susulan selepas keputusan penuh rayuan dikemukakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung tujuh pemain warisan negara diumumkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) esok.
Menterinya Hannah Yeoh berkata pihaknya akan bekerjasama dengan FAM serta Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) bagi mengenal pasti langkah penambahbaikan yang perlu dilaksanakan bagi memperkukuh struktur dan tadbir urus bola sepak negara.
"Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, kita tunggu keputusan dahulu, kemudian barulah kita bergerak. Kita kena ingat, pasukan kebangsaan bukan hanya tujuh atlet itu, tetapi ramai lagi pemain lain yang bergantung kepada kepimpinan dan pentadbiran bola sepak negara untuk terus maju.
"Supaya karier pemain seperti Faisal (Halim) dan Arif Aiman (Hanapi) terus bersinar. Kalau kita putus asa begitu sahaja, bagaimana dengan pemain lain? Tak adil untuk mereka," katanya selepas mengadakan lawatan kerja meninjau naik taraf Kompleks Sukan Raja Muda bagi pembangunan Akademi Sepaktakraw Malaysia di Kampung Baru, hari ini.
Terdahulu, FIFA mengenakan denda sebanyak CHF350,000 (RM1.8 juta) terhadap FAM serta menggantung tujuh pemain berkenaan selama 12 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak selepas mendapati berlaku ketidakselarasan dalam dokumen asal pendaftaran pemain.
Menurut laporan rasmi FIFA bertajuk Notification of the Grounds of the Decision bertarikh 6 Okt 2025, hukuman itu dijatuhkan susulan pelanggaran Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA yang membabitkan isu pemalsuan dan pengubahan dokumen rasmi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FAM
#FIFA
#KBS
#dokumen rasmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan